Menjadi
suri rumah sepenuh masa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dan tidak
boleh diperkecilkan kerana ia sungguh mencabar. Cuma ia tidak glamor kerana
tidak beruniform cantik dan tidak berpejabat berhawa dingin. Walaubagaimanapun,
tanggungjawabnya amat besar dan mulia, seolah-olah mengatur pemerintahan sebuah
negara.
Dialah
pentadbir, ahli pendidikan, pakar ekonomi, jururawat, tukang masak dan
sebagainya. Pendek kata dialah raja, dialah menteri, dialah penyelia dan dialah
juga kuli. Masa bertugas 24 jam sehari semalam tanpa cuti, tanpa gaji, cuti
sakit jauh sekali.
Amalkan Petua Ini Untuk Menjadi Suri Rumah Berjaya
Untuk
berjaya menjadi suri rumah, segala halangan dan rintangan akan berlalu dengan
mudah jika diamalkan petua ini.
·
Penuhkan dada kita dengan ilmu dunia dan akhirat.
·
Jagalah kesihatan badan agar sentiasa sihat.
·
Redhalah dengan segala tugas yang kita lakukan itu.
·
Berurusanlah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.
·
Dan selalulah berdoa,
·
Selalu amalkan surah an-Nasr, hati akan terasa
tenang dan Allah akan lapangkan dada. Semua kerja akan mudah dilakukan kerana
mendapat keberkatan daripada-Nya, insya-Allah selamat.
·
Untuk mendapat anak yang soleh dan mudah dididik,
detiknya bermula ketika ingin bersama suami. Ikhlaskan hati, sungguh-sungguh
curahkan kasih sayang kepada suami dan bukan dilakukan secara paksaan
semata-mata kita seorang isteri.
·
Setelah hamil, kita mulakan dengan menjaga makanan
yang diambil, pastikan ia daripada sumber yang halal dan baik kerana ia akan
menjadi darah daging si anak. Banyakkan doa dan ibadat pada saat-saat ini.
Rajinkan diri membaca al-Quran. Selain itu, kita juga digalakkan membaca
bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Ini dapat meransang otak bayi.
·
Pelihara akhlak dan tutur kata kita kerana anak
akan terdidik sejak dari dalam kandungan lagi; bagaimana warna ibu begitulah
corak anak. Jaga makan minum, makanlah makanan yang berkhasiat, berzat dan
bersih menurut syariat kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging si
anak.
·
Sesudah lahirnya, seseorang anak hendaklah dari
kecil lagi diperdengarkan kalimah-kalimah yang mulia, pertuturan yang berharga.
Perlihatkan akhlak yang berdarjat, perangai yang terhormat dan ingatlah pesanan
Rasulullah bahawa semua anak yang dilahirkan suci bersih umpama kain putih dan
ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakannya. Sebagai ibu, kita mempunyai
tugas paling mencabar kerana syurga di bawah telapak kaki ibu. Tersilap langkah
ibu mendidik, menempah celakalah anak yang dikelek.
·
Didiklah mereka dengan kasih sayang dan bijaksana
supaya menjadi insan yang sempurna. Ilmu akhirat hendaklah diutamakan agar
menjadi benteng untuk mereka menghadapi pancaroba hidup di dunia ini. Solat
lima waktu hendaklah dititikberatkan. Latihlah menunaikan solat lima waktu
sejak kecil lagi. Ajarkan anak-anak lelaki berazan serta menjadi imam. Ini
sebagai langkah permulaan untuk mereka berada di tengah-tengah masyarakat
sebagai pemimpin yang bertakwa.
·
Menjaga kepentingan diri bukan satu perkara yang
boleh diabaikan. Kita mesti menitikberatkan tiga perkara iaitu masa untuk
bekerja, masa untuk beribadat dan masa untuk berehat. Kesihatan diri sangat
perlu dijaga kerana kita manusia bukannya jentera. Hak kepentingan diri mesti
dipertahankan.
Pada
zaman ini, janganlah terlalu menjadi lilin yang hanya memusnahkan dirinya
semata-mata untuk kepentingan orang lain. Bahkan persiapkanlah diri untuk
menjadi sang rembulan yang tetap indah gemilang cahayanya menerangi alam
semesta, juga sebutir berlian yang menghiasi pengantin remaja.
Sumber:
Buku Alahai Pengantin Baru
Buku Alahai Pengantin Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan