Bayangkan…
Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun. Satu hari, kita tengah masak di dapur. Si
anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis. Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi? Tentulah tidak, kan... Adakah ini tandanya kita tidak
sayangkan anak? Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun di mata
anak, pisau itu 'menyeronokkan' tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak
kita. Kita lebih tahu. Anak tidak tahu. Begitu juga. Kita dengan Allah. Kita 'merengek'
nakkan sesuatu. Tetapi Allah tidak izinkan. Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan kerana sayanglah, kemahuan kita tidak diturutkan. Malah diganti dengan
yang lebih baik. Kerana apa yang kita mahukan itu. Mungkin kelihatan baik pada
pandangan kita. Tapi tidak pada pengetahuan Allah. Allah lebih tahu. Kita tidak
tahu. Mari bertasbih, bertahmid dan bertakbir mengagungkan Allah SWT. Sebarkan tulisan
ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah…
Jika
tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih
bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika
tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih
bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika
tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang
mahal.
-----------------------
Jika
tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
---------------------
Jika
tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup
berteman dan terjaga segala.
---------------------
Jika
tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka
kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
----------------------
Jika
tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka
kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
------------------------
Bersabar.
Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Sumber : WhatsApp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan