Apa itu COMBI?
Satu program atau aktiviti di
mana masyarakat akan diberikan pendedahan dan pendidikan untuk mencegah
daripada dijangkiti demam denggi oleh sukarelawan COMBI. Para sukarelawan ini
dilantik di kalangan masyarakat setempat itu sendiri.
Apa Objektif COMBI?
- Meningkatkan tahap kesedaran
masyarakat untuk mencegah denggi.
- Mengurangkan jangkitan denggi
dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes.
- Mendidik masyarakat supaya
mengamalkan langkah-langkah mudah untuk mencegah dijangkiti demam denggi.
- Memupuk penglibatan masyarakat
dalam usaha membanteras denggi terutamanya sebagai ahli jawatankuasa COMBI.
Apa Langkah-langkah Pencegahan Demam Denggi yang Perlu dilaksanakan?
- Periksa di dalam dan di luar
rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pastikan rumah atau kediaman anda
bebas daripada pembiakan Aedes.
- Segera dapatkan rawatan doktor
sekiranya demam.
Apakah Tempat-tempat Berpotensi Pembiakan Aedes yang Perlu diperiksa dan Apa yang Perlu dilakukan?
a) Cistern/tangki pam tandas
- Pastikan ia berfungsi;
- Sekiranya tidak berfungsi,
pastikan tangki kering.
b) Alas Pasu Bunga
- Pastikan tiada air bertakung;
- Bersihkannya seminggu sekali
dengan memberus.
c) Tong/takungan menyimpan air
- Basuh dengan memberus bekas
setiap minggu;
- Bubuh pembunuh jentik-jentik
mengikut sukatan.
d) Kolah Air
- Basuh dengan memberus kolah
setiap minggu;
- Bubuh pembunuh jentik-jentik
mengikut sukatan.
e) Tayar
- Hendaklah dilupuskan;
- Ditutup dengan pasir untuk
memastikan tiada ruang untuk takungan air.
f) Kanvas
- Simpan di tempat yang tidak
terdedah kepada hujan;
- Lupuskan sekiranya tidak
digunakan lagi.
g) Bekas-bekas terbiar
- Lupuskan sekiranya tidak
digunakan lagi.
Selain bekas-bekas berpotensi
menjadi punca pembiakan Aedes di atas, banyak lagi bekas yang boleh menakung
air terdapat di sekitar rumah dan kediaman kita. Pastikan hidup kita bebas
daripada pembiakan Aedes.
Pesanan Daripada :
Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,
Jabatan Kesihatan Negeri
Perak Darul Ridzuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan