Istilah-istilah Kepenggunaan Bahagian 1


Baik pulih (reconditioned)

Untuk memastikan barangan yang telah digunakan dapat beroperasi dengan sempurna melalui proses pembersihan, pembaikan dan lain-lain.


Kualiti yang boleh diperdagangkan (Merchantable Quality)

Menerangkan keadaan barangan yang dijual. Barang-barang akan dianggap sebagai ‘barangan berkualiti’ apabila pembeli berpuas hati dengan barangan tersebut walaupun setelah diberitahu tentang kerosakan pada barangan tersebut atau setelah pembeli diberi peluang memeriksa barangan tersebut.


Bahan pengawet (preservatives)

Bahan kimia yang membolehkan bahan-bahan yang cepat rosak dapat disimpan untuk tempoh yang lama.


Belian Pukal

Pembelian barangan dengan kuantiti yang banyak untuk mendapatkan faedah diskaun.


Buangan toksik

Bahan-bahan beracun atau membahayakan hasil dari pembuangan sisa-sisa industri.


“Caveat Emptor”

Istilah Latin yang membawa erti “biar pembeli berwaspada”. Jika pembeli tidak berhati-hati dalam pembelian maka pembeli sendiri yang akan bertanggungjawab dan perlu mengambil risiko dari pembelian yang tidak menguntungkan. Dari segi amalan pengguna dilindungi oleh undang-undang yang memerlukan barangan supaya sesuai dengan tujuan menyediakan jaminan dan menentukan hukuman kepada penipuan dan salah perihalan.


“Caveat Venditor”

Istilah Latin bermaksud “biar penjual berwaspada” adalah bertentangan dengan “Caveat Emptor”. Penjual bertanggungjawab sepenuhnya jika barangan yang dijual tidak memuaskan. Dengan erti kata lain penjual perlu berhati-hati dengan keuntungan segera tetapi merosakkan reputasi atau kehilangan kepercayaan pengguna (membuat keuntungan tetapi kehilangan pelanggan).


Tempoh bertenang (Cooling-off Period)

Peruntukan undang-undang untuk tempoh masa tertentu di mana dalam masa berkenaan pengguna masih boleh membatalkan kontrak pembelian. Peruntukan seperti ini biasanya terpakai kepada undang-undang jualan dari rumah ke rumah dan kontrak kredit pengguna.


Cukai tidak langsung

Cukai yang dibayar terus kepada kerajaan seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan.


Dasar perlindungan

Falsafah atau amalan bagi melindungi kepentingan perdagangan sesebuah negara.


Diskaun

Pengurangan dari harga yang biasa ditawarkan pada satu kadar peratusan dari harga yang disenaraikan. Biasanya didapati semasa jualan menghabiskan stok atau jualan murah.


Diskriminasi Harga

Penjualan barangan atau perkhidmatan yang sama tetapi pada harga yang berlainan kepada pembeli yang berlainan.


“Double Pricing”

Amalan menentukan harga cadangan pengeluar pada kadar yang keterlaluan. Apabila harga berkenaan ditunjukkan bersama dengan harga runcit sebenar, ia akan memberi gambaran seolah-olah pengurangan harga yang tulen.


Lambakan

Jualan barang di pasaran luar negara di bawah harga yang sepatutnya untuk menghabiskan lebihan atau untuk menguasai pasaran. Dalam pergerakan pengguna, istilah ini juga digunakan untuk merujuk kepada barang-barang dieksport yang telah diharamkan, dihadkan atau didapati mempunyai kualiti yang kurang memuaskan atau tidak dikehendaki oleh negara-negara tertentu.


“EFTPOS”

Pemindahan wang elektronik di tempat atau waktu jualan bermaksud apa-apa bayaran dari pelanggan untuk barangan atau perkhidmatan yang diproses secara elektronik. Ia
merupakan pemindahan wang dengan cara elektronik dari akaun bank pelanggan kepada akaun bank peruncit. Kad plastik digunakan di terminal khusus yang dipasang di tempat pemeriksaan keluar di tempat atau waktu jualan.


“Embargo”

Sekatan atau larangan berdagang ke atas sesuatu barangan atau sesuatu negara. Dari segi sejarah embargo sebagai perintah yang selalu digunakan semasa peperangan tetapi ia juga mungkin digunakan untuk tujuan politik atau ekonomi.


Etika Amalan

Satu instrumen yang menggariskan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam tindakan serta perlakuan ahli-ahli yang biasanya diamalkan oleh korporat-korporat multi-nasional dan organisasi perniagaan. Ia merupakan peraturan yang diwujudkan sendiri oleh pertubuhan dan perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya yang kadang-kadang bertujuan mengelakkan dari dikawal melalui perundangan kerajaan. Kadang-kadang ia merupakan perangkap kepada undang-undang yang meliputi bidang yang sukar dikawal atau dikuatkuasakan melalui undang-undang. Etika amalan lebih diterima oleh masyarakat peniaga kerana ia perlu dipatuhi dari aspek moral sahaja dan bukan dari sudut undang-undang.


Syarat Pengecualian

Peruntukan di dalam perjanjian yang menggariskan apa yang tidak dilindungi melalui undang-undang. Ia kerap didapati di dalam polisi insurans, perjanjian perumahan dan sebagainya.


Mesra Alam ( Environment Friendly)

Sesuatu bahan atau barang dinyatakan sebagai mesra alam jika penggunaannya membantu mengurangkan atau meminimumkan kerosakan alam sekitar.


“Free Enterprise”

Amalan atau fahaman ekonomi yang dibenarkan pihak swasta beropersi dalam persaingan bebas dengan kawalan yang minimum daripada kerajaan.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata di Blog

Pengesahan kata

Pengesahan kata atau word verification amat menyusahkan para pembaca untuk meninggalkan komen di blog kita. Kadang kala terpaksa dilakukan berulang kali ekoran kesilapan dalam menaip huruf yang dikehendaki. Lantas, pembaca blog tersebut berasa penat dan bosan seterusnya meninggalkan sahaja blog tersebut tanpa memberi sebarang komen.

Jadi, kita sebagai seorang blogger tidak seharusnya menyusahkan para pembaca terutama kepada blogger yang lain. Tanpa mereka, siapalah kita di alam maya ini.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata atau Word Verification


1. Dari Blogger Dashboard, pergi ke Settings

2. Klik pada Post and comments

3. Lihat pada bahagian Comments dan cari show word verification

4. Pada bahagian show word verification tersebut klikkan kepada No

5. Akhir sekali, klik save settings.

Tutorial Buat Scroll Box untuk Blog Archive

Blog Archive yang terlalu panjang membuatkan blog menjadi melorot dan tidak cantik di pandang mata. Oleh itu, kita boleh membuat scroll box agar blog kelihatan lebih kemas dan cantik serta mudah untuk mencari entri yang dikehendaki.

Contohnya seperti gambar di bawah iaitu dari Blog Mutiara Online

Blog Archive

Cara membuat scroll box untuk Blog Archive :-

1. Dari dashboard > Template > Edit html > Edit template 

2. Klikkan mouse di dalam kotak. Seterusnya tekan  (ctrl + F), cari kod      <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod  

    <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> 

   yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut : 

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>  


Nota : Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan. 


Preview template terlebih dahulu dan apabila telah berpuas hati bolehlah disave.