Tutorial Membuat Comment Awaiting Moderation

Memang sukar untuk mengetahui apabila seseorang memberi komen pada blog kita  terutama pada entri yang telah lama ditulis. Jika entri yang baru, mungkin agak mudah untuk mengetahuinya.

Kita tidak akan tahu apa yang dikomen dan tidak boleh memberi balasan yang sepatutnya. Setelah agak lama, barulah disedari jika diteliti dengan betul.

Oleh itu, cara yang mudah ialah dengan membuat comment awaiting moderation. Apakah itu comment awaiting moderation? 

Secara mudahnya apabila seseorang telah meninggalkan komen di blog kita, akan terpapar seperti imej di bawah. Tulisan yang berwarna merah itu iaitu 2 comment awaiting moderation merupakan komen yang telah ditinggalkan oleh seseorang ke blog kita. Boleh zoom untuk lebih jelas imej tersebut.



Kita hanya perlu klik pada tulisan berwarna merah tersebut dan klik untuk publish menandakan kita telah membaca komen seterusnya untuk reply mesej tersebut. Jadi, kita tidak perlu meneliti lagi dari satu entri ke satu entri untuk melihat komen yang ditinggalkan.

Cara Membuat Comment Awaiting Moderation :


Dari dashboard, pergi ke Settings, Post and Comments.

Anda lihat di Comment dan lihat pada Comment Moderation

Anda klik always pada comment moderation tersebut dan klik save settings.

Selesai sudah...selepas ini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Hanya melihat dashboard sudah mengetahui jika ada komen atau tidak :)

Pengetahuan Tambahan 7


Dinosaur Laut Ganas


Pakar dari Norway telah mengesan sejenis reptilia purba yang bersaiz besar di garisan Artik. Pakar menggelar reptilia purba tersebut sebagai ‘Dinosaur Laut Ganas’. Reptilia ini merupakan sejenis spesies yang masih belum diketahui. Panjang reptilia ini ialah 10 meter, beratnya pula 10 hingga 15 tan. Reptilia ini hidup pada seratus lima puluh juta tahun dahulu. Wajah reptilia ini kelihatan seperti singa laut dan mempunyai empat sirip. Mulut dan hidung reptilia ini pula sama seperti buaya. Namun, apa yang paling dahsyat ialah reptilia ini mempunyai lelangit yang besar dan boleh menelan seorang lelaki dewasa terus ke dalam perutnya.


Mencari Tandas dengan Mudah


Kebelakangan ini, negara England telah memperkenalkan satu sistem satelit untuk kemudahan mencari tandas di mana-mana tempat. Anda hanya perlu memasukkan perkataan ‘tandas’ dalam mesej dan hantar, kemudian satelit akan mengesan tempat anda berada dan menghantar mesej kepada anda tentang lokasi tandas yang paling dekat. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini perlu dibayar. Setiap mesej akan dikenakan bayaran lebih kurang RM2.00.

Pengetahuan Tambahan 6


Sarung Tangan Spider Man


Pakar dari Amerika Syarikat sedang merancang untuk mencipta sarung tangan ‘Spider Man’ berdasarkan prinsip penemuan cicak yang boleh melekat pada dinding dan siling. Ciptaan ini dijangka dapat membantu tukang bersih dalam kerja pembersihan bahagian luar dinding bangunan juga membantu para pendaki sewaktu mendaki. Cicak boleh menentang daya tarikan bumi kerana berjuta-juta helaian bulu halus di tapak kakinya yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.  Setiap hujung bulu halus ini pula terdapat beribu-ribu benda menonjol dengan berdiameter hanya 0.25 micron, struktur halus inilah sebenarnya menimbulkan kuasa tarikan yang ajaib.


Kereta Polis yang Bergetar


Terdapat sejenis kereta polis ‘bergetar’ di Washington, Amerika Syarikat. Apabila kereta polis ‘bergetar’ ini meronda, kereta ini boleh menyebabkan benda di sekeliling turut bergetar. Kereta polis ini berbeza dengan kereta polis dahulu kerana dilengkapi dengan siren yang baru. Siren yang baru ini boleh mengeluarkan gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah. Bunyi frekuensi rendah ini mampu menggetarkan cermin belakang kereta dan menyebabkan orang yang berada dalam lingkungan 60 meter berhampiran kereta polis tersebut berasa bumi sedang bergetar. Getaran ini memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memberi laluan kepada polis ataupun ambulans. Menurut polis Washington, kebanyakan orang tidak mempedulikan siren polis atau ambulans. Tetapi, dengan adanya ciptaan ini, dipercayai masalah tersebut dapat diatasi.