Mengikut
Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih 222
ahli Dewan Rakyat (dikenali sebagai Ahli Parlimen) dan 587 ahli Dewan Undangan
Negeri.
Kita juga
mengamalkan sistem politik pelbagai parti di mana parti politik memperoleh
majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh
menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.
Anda
Layak Mengundi Jika :
- Rakyat Malaysia.
- Berdaftar untuk menjadi pengundi dan nama terdapat dalam daftar pemilh.
- Berumur 21 tahun ke atas.
Namun,
kelayakan anda hilang jika :
- Tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.
- Telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati atau penjara melebihi tempoh 12 bulan dan masih belum selesai menjalani hukuman.
- Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
- Telah memperoleh kerakyatan asing.
Panduan Pada
Hari Pilihan Raya :
- Bawa Mykad
- Keluar awal untuk mengundi. Masa mengundi adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
- Berpakaian sopan dan tidak memakai pakaian atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.
- Anda akan diberikan dua kertas undi iaitu untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Pengundi OKU boleh dibantu oleh seorang yang dipercayai (warganegara & 21 tahun ke atas) untuk membuang undi bagi pihaknya dengan kehadiran pengundi OKU tersebut.
- Ejen-ejen calon yang bertanding turut mempunyai senarai daftar pemilih bagi membolehkan mereka memeriksa dan mengesahkan identiti pengundi yang hadir.
Kertas Undi
ditolak Jika :
- Tidak dicapkan / ditindih dengan tanda rasmi / tidak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi.
- Memberi undi kepada lebih daripada satu calon.
- Ada dituliskan atau ditandakan dengan sesuatu yang membolehkan pengundi dikenal pasti.
- Tidak bertanda atau ditandakan selain di tempat atau cara yang diperuntukkan.
- Tidak menunjukkan dengan jelas tujuan pengundi itu.