Ini
kerana permukaan daun teratai terdapat bulu-bulu halus yang mengandungi lapisan
lilin. Molekul lilin adalah neutral, ia tidak membawa elektron positif atau
elektron negatif. Oleh itu, apabila air jatuh ke atas permukaaan daun teratai,
ia akan menjadi titisan air dan tidak akan meresap pada permukaan daun.
Mengapakah Mata Serigala Berwarna Hijau?
Serigala
merupakan sejenis binatang liar yang suka menjalankan aktiviti pada waktu
malam. Sekiranya anda ternampak cahaya hijau sedang bergerak di dalam hutan
atau semak-samun pada waktu malam, anda sebenarnya mungkin sedang melihat
sepasang mata serigala.
Binatang
yang menjalankan kegiatan pada waktu malam mempunyai mata yang berupaya memancarkan
cahaya hijau semasa berada di sinaran yang lemah. Bola mata binatang tersebut
mempunyai habluran yang istimewa.
Habluran ini ini boleh mengumpulkan cahaya yang lemah dan memantulkan cahaya tersebut supaya dapat melihat benda dengan jelas semasa dalam keadaan yang gelap. Selain daripada serigala, mata binatang seperti kucing, harimau, musang dan sebagainya juga boleh memancarkan cahaya hijau.

Mengapakah Tapak Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?
Peluh dihasilkan melalui
kelenjar peluh terdapat di bawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan, kerohanian dan tindak balas
deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan
perpeluhan kerohanian.
Perpeluhan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja. Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu, kelenjar peluh akan merembeskan peluh.

Langgan:
Catatan (Atom)