Mengapakah Tapak Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?

budak berpeluh

Peluh dihasilkan melalui kelenjar peluh terdapat di bawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan, kerohanian dan tindak balas deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan perpeluhan kerohanian. 

Perpeluhan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja.  Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu, kelenjar peluh akan merembeskan peluh.

Mengapakah Telinga dan Hidung Cepat Menjadi Sejuk?

baju sejuk

Manusia berdarah panas. Suhu badan manusia yang normal selalu berkisar di antara 36 hingga 37 darjah Celcius. Apabila suhu terlalu rendah, haba badan kita akan diserap ke udara, maka kita akan berasa sejuk.

Pada cuaca dingin, manusia boleh memakai kasut, sarung kaki, topi dan baju yang tebal untuk melindungi badan. Walau bagaimanapun, kepala tidak boleh ditutup dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar, bercakap dan bernafas. 

Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian muka lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinga kita nipis, justeru itu, telinga lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.

Menembak Burung

burung bercinta

Dua orang sahabat pergi menembak burung. Yang seorang minum kopi panas, seorang lagi minum todi. Tiba-tiba seekor burung punai melintas di udara. Yang meminum kopi tadi terus menembak… DAAAM!!! Tapi tak kena. DDAAMM!!! Tak kena juga.

Sahabat yang sedang mabuk todi itu bangun terhuyung-hayang, mengacungkan senapangnya, dan… DAAMMM!!! Kena…! Burung punai itu jatuh ke tanah!

Lelaki yang minum air kopi panas itu terkejut. Lalu dia bertanya, “Wah! Hebat engkau. Tengah mabuk pun boleh tembak burung!”

Jawab kawannya yang mabuk itu, “Alah, hiqq…tujuh lapan ekor terbang sekali, hiqq… hiqq… takkan sekor pun tak kena beb… hiqqq…”