Mengapakah Katak Hanya Makan Organisma yang Hidup?


Mata katak tidak sama seperti mata manusia. Mata manusia boleh berputar dengan ligat manakala mata katak sebaliknya. Oleh itu, penglihatan katak adalah sempit. Katak hanya boleh mengesan organisma yang sedang bergerak. Ia tidak dapat mengesan organisma yang tidak bergerak. Oleh kerana itu, katak hanya dapat makan organisma yang hidup.

Sumber : Teman Pintar

Adakah Kelawar Sejenis Burung?


Kelawar tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu, kelawar tidak dikategorikan sebagai burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.

Sumber : Teman Pintar

Mengapakah Suhu Semasa Menurun Salji Lebih Tinggi daripada Pencairan?


Pada musim salji, apabila proses stim menjadi salji berlaku, haba akan dibebaskan ke sekeliling. Tetapi, semasa proses salji menjadi cair berlaku, haba akan diserap daripada udara di sekeliling. 

Keadaan ini menyebabkan suhu menurun pada masa itu. Oleh itu, suhu semasa menurun salji adalah lebih tinggi berbanding suhu semasa pencairan berlaku.

Sumber : Teman Pintar