Kelawar
tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu, kelawar tidak dikategorikan sebagai
burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar
digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.
Pada
musim salji, apabila proses stim menjadi salji berlaku, haba akan dibebaskan ke
sekeliling. Tetapi, semasa proses salji menjadi cair berlaku, haba akan diserap
daripada udara di sekeliling. Keadaan ini menyebabkan suhu menurun pada masa
itu. Oleh itu, suhu semasa menurun salji adalah lebih tinggi berbanding suhu semasa
pencairan berlaku.
Ya benar, ikan memang perlu
tidur kerana semua binatang pun perlu tidur untuk berehat. Jika tidak, binatang
bukan sahaja akan menjadi lemah bahkan mati. Ikan tidak mempunyai kelopak mata.
Oleh itu, apabila ikan berada bahagian bawah akuarium dengan membuka mata tanpa
bergerak, ini mungkin bermakna ikan itu sedang tidur.