AMALAN SUNAT PADA HARI RAYA AIDIL FITRI


Oleh kerana hari raya dikatakan hari kemenangan, setelah sebulan melalui ujian, ini adalah senarai amalan yang baik dilaksanakan pada hari raya :


1. Menghidupkan Malam Raya


Dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah Quran, takbir, tasbih dan istigfar. Menghidupkan malam raya dengan amal ibadat ini besar fadilatnya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang bangun malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari yang mati sekalian hati”.



2. Solat Isyak dan Subuh berjemaah


Ini adalah sekurang-kurang kaedah bagi menghidupkan malam raya.



3. Mandi sunat hari raya, memakai baju yang elok dan bersih serta memakai wangian


Mandi sunat hari raya waktunya sekitar awal pagi sebelum Subuh lagi. Jika mandi selepas solat Subuh tidak mengapa. Digalakkan juga agar memotong kuku. Mungkin juga elok jika rambut panjang bagi lelaki dipotong pendek.



4. Makan sedikit dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri


Hikmatnya : Menyatakan bahawa hari ini bukan untuk berpuasa tetapi hari untuk makan. Mengikut sunnah Nabi s.a.w., baginda makan beberapa biji tamar.

Anas r.a. berkata :
“Adalah Nabi s.a.w. tidak beredar (menunaikan solat sunat Aidil Fitri) pada hari Raya Fitri hinggalah baginda makan beberapa biji tamar”.



5. Segera ke tempat solat untuk menanti solat sunat Aidil Fitri


Seeloknya berjalan kaki ke tempat solat. Inilah sunnah kerana disebut dalam riwayat Tirmizi bahawa keluar rumah menuju ke tempat solat dalam keadaan berjalan kaki adalah sunnah.



6. Menzahirkan kegembiraan, ziarah-menziarahi keluarga terdekat, kaum kerabat dan sahabat-handai


Dengan ini akan terjalinlah kemersraan dan mahabbah (kasih sayang antara umat Islam).



7. Banyakkan bersedekah


Amalan bersedekah amat digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Apabila ditanyakan tentang sedekah yang afdal, sabda Nabi s.a.w. bermaksud : “Sedekah pada bulan Ramadan”.

FAKTA SAINS (TIGA)


Tahukah Anda?

Itik merupakan keluarga burung yang mampu terbang dengan kelajuan yang tinggi. Itik Mallard misalnya, boleh memecut pada kelajuan 105 kilometer sejam pada satu-satu masa.


Tahukah Anda?

Terdapat sejenis ketam dari jenis ‘Robber Crab’ yang berupaya memanjat pokok palma untuk menjatuhkan buahnya untuk dimakan. Ketam ini boleh didapati di Selatan Pasifik dan berukuran 45 sm panjang.


Tahukah Anda?

Jalan raya konkrit mempunyai celah-celah di antara kepingan-kepingan konkrit. Hal ini membolehkan pengembangan kepingan konkrit pada hari panas dan mengelakkan keretakan jalan raya.


Tahukah Anda?

Kebanyakan logam berbentuk pepejal, bagaimanapun ada juga logam yang berbentuk cecair. Antaranya ialah merkuri. Merkuri digunakan dalam termometer untuk menyukat suhu.


Tahukah Anda?

Besi boleh berubah menjadi cecair apabila dipanaskan sehingga takat leburnya. Takat lebur besi ialah 1538 oC. 


Tahukah Anda?

Badak sumbu ialah ahli pasukan bomba semulajadi di dalam hutan. Haiwan ini mempunyai sifat semulajadi untuk memadamkan api dengan menggunakan kakinya.


Tahukah Anda?

Gajah Afrika adalah haiwan darat yang terbesar. Ia mempunyai ketinggian sehingga 3.5 m dan berat badan sehingga 7 tan atau 7000 kg. Gajah menggunakan telinganya yang besar untuk mengipas dirinya.


Tahukah Anda?

Dalam mentol lampu, arus elektrik mengalir melalui wayar halus yang dinamai filamen. Filamen akan menjadi panas sehingga memancarkan cahaya.


Tahukah Anda?

Apabila landasan kereta api dibina, ruang kecil disediakan di bahagian penyambungnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan landasan menjadi bengkok akibat pengembangan besi landasan itu ketika cuaca panas.


Tahukah Anda?

Sebaru merupakan teleskop terbesar di dunia, bergaris pusat 8m dilengkapi sistem pancaran infra merah yang dibina sejak tahun 1991 di kemuncak Gunung Mauna Kea, Hawaii setinggi 4,200m. Struktur operasinya dikawal oleh 264 buah komputer dan dijadualkan beroperasi pada tahun 2000.

FAKTA SAINS (DUA)

Tahukah Anda?
 
Escherichia Coli (E-Coli 0157 : H7), sejenis bakteria yang terdapat dalam daging dan susu lembu. Ia boleh menyebabkan sindrom Hemolytic Uremic dan radang usus besar. Kira-kira 200 dalam 20,000 orang mati disebabkan bakteria ini setiap tahun.


Tahukah Anda?

Orang yang pertama menjejak kaki ke bulan ialah Neil Armstrong, angkasawan Amerika pada 21 Julai 1969.


Tahukah Anda?

Ikan paus biru ialah haiwan yang paling besar di dunia. Ikan ini boleh membesar sehingga melebihi 30 meter panjang dan mempunyai berat badan melebihi 160 tonne. Berat ikan paus ini adalah sama dengan jumlah berat bagi 25 ekor gajah Afrika.


Tahukah Anda?

Bunga Rafflesia yang tumbuh di Hutan Asia Tenggara ialah bunga yang besar di dunia. Bunga ini mempunyai diameter 90 cm berat 7 kg.


Tahukah Anda?

Pokok periuk kera memerangkap serangga yang hinggap padanya. Dalam alam ini terdapat lebih kurang 500 jenis tumbuhan yang memakan serangga.


Tahukah Anda?

Kadang-kala kita mengalami kesukaran membuang najis. Keadaan ini disebut sembelit. Sembelit berlaku akibat kita kurang meminum air dan kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Tahukah Anda?

Badak sumbu putih adalah mamalia kedua terberat di dunia selepas gajah. Beratnya mencapai hingga 3.6 metrik tan dan membesar sehingga 5 meter panjang. Sumbunya bukan daripada tulang tetapi hanya gumpalan rambut yang mampat berukuran 1.5 meter.


Tahukah Anda?

Berat seekor harimau kumbang (dari jenis bulu kuning tompok hitam) boleh mencecah sehingga 68 kg. Harimau kumbang adalah haiwan darat yang paling pantas di dunia. Ia terkenal kerana kepantasannya berlari dalam jarak jauh dengan kelajuan sehingga 113 km/j.


Tahukah Anda?

Bakteria boleh membiak dengan cepat dalam keadaan tertentu. Satu bakteria akan terbahagi dua dalam masa 20 minit. Kira-kira satu jam kemudian 500 lagi akan terhasil dan bagi tempoh 8 jam terdapat lebih kurang satu juta bakteria.


Tahukah Anda?

Ikan linang kuning (Anguilla mauritiana) sejenis ikan air tawar yang bertelur dan menetas di dasar lautan dalam terutamanya di Lautan Hindi. Selepas bertelur ikan linang betina  akan mati, telurnya akan terapung dan menetas menjadi larva dan bertukar menjadi anak ikan. Anak-anak ikan ini akan berenang ke sungai air tawar.