Protokol dan Etiket dalam Majlis Rasmi

Objektif :


Memahami protokol dalam sesebuah majlis rasmi, tatacara dan etiket sosial dalam majlis. 

Komponen Protokol 


a) Susunan keutamaan iaitu ikut pangkat status.
b) Susunan tempat duduk – siapa duduk di mana ikut keutamaan ke kanan serta fungsi jemputan.
c) Susunan ketibaan dan kepulangan – datang dahulu balik akhir.
d) Susunan dan kibaran bendera. Ikut susunan sebaris diketuai dengan Jalur Gemilang
e) Panggilan hormat iaitu golongan diraja, keturunan, darjah kebesaran yang disandang, jawatan serta kedudukan dalam masyarakat dan keagamaan.
f) Penyambut tetamu dan pengiring.
g) Pakaian.


Penganjur atau Pihak Terlibat Menjayakan Majlis Harus Mengetahui Perkara Berikut :-


1. Perlu ketahui tujuan dan matlamat majlis.
2. Perlu ketahui aturcara lengkap majlis terutama waktu yang ditetapkan bagi tetamu tiba dan pulang.
3. Perlu tahu susunan tempat duduk.
4. Perlu mahir dengan tempat dan kawasan sekitar.
5. Pakaian sempurna dan sesuai dengan majlis.
6. Tetamu disambut dengan hormat dan diberi buku aturcara jika ada serta tunjukkan.
7. Hadir sebelum tetamu tiba. Periksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai kehadiran.
8. Jawab dengan sopan jika ada pertanyaan dari tetamu.
9. Jika menerima teguran, sila diam tetapi tetap ambil sebagai peringatan.
10. Jika ada masalah atau kesulitan, rujuk kepada pihak yang berpengalaman dengan belajar untuk menganjurkan majlis.
11. Senyum selalu.
 

Novel M.a.i.d Oleh Suri Ryana


  • Mengisahkan Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada Encik Haris. 
  • Encik Haris ialah lelaki bujang yang tinggal di penthouse, bekerja sebagai jurutera. Beliau tinggal berjauhan dari keluarga kerana ingin hidup berdikari. 
  • Noorul menggelar Encik Haris sebagai Mr. F (Fussy) kerana disebabkan sikap Encik Haris yang cerewet. 
  • Encik Haris selalu mencari salah Noorul dan Noorul terpaksa menahan segala karenah Mr. Fussynya.
  •  Pada suatu hari, ibu dan ayah Encik Haris memaksa mereka berdua berkahwin kerana disebabkan gambar mereka berdua yang tersebar luas dalam keadaan yang kurang baik.
  • Mereka dipaksa berkahwin bagi menutup malu agar tidak menjejaskan prestasi perniagaan keluarga Encik Haris. 
  • Gambar tersebut adalah fitnah daripada Asyraf iaitu kawan kepada Noorul yang berdendam terhadap Noorul. 
  • Akhirnya, mereka berkahwin. Perhubungan mereka pada mulanya adalah dingin dan akhirnya mereka berterus-terang terhadap perasaan masing-masing. 
  • Rupa-rupanya mereka telah jatuh cinta sejak pertama kali lagi berjumpa. Mereka  hidup bahagia sebagai suami isteri dan dikurniakan anak yang sangat comel. 
  • Terdapat pelbagai konflik di dalam novel ini iaitu fitnah yang dilakukan oleh Asyraf, ibu Encik Haris yang tidak dapat menerima Noorul sebagai menantunya serta fitnah Elisa terhadap Noorul demi untuk mendapatkan cinta Haris. 


    AMALAN SEWAKTU BANGUN TIDUR


    1. Mengusap Wajah dengan Tangan

    Setelah bangun dari tidur, usaplah wajah dengan tangan agar kita sedar sepenuhnya dari tidur. “Rasulullah bangun dari tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (Riwayat Muslim)

    2. Membaca Doa

    Kita mestilah membaca doa selepas bangun dari tidur. Ini sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan usia kita. Rasulullah SAW apabila bangun tidur baginda berdoa yang maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    3. Menggosok Gigi atau Bersiwak

    Apabila menggosok gigi, kita akan merasa lebih segar. Malah mulut kita juga tidak berbau busuk. Nafas kita juga segar. “Adalah Rasulullah, apabila bangun malam lalu membersihkan mulutnya dengan bersiwak atau menggosok gigi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    4. Beristinthar atau Menyuci Hidung

    Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyucikan hidung seperti menyedut air ke lubang hidung lalu dihembus semula adalah kerana sepanjang kita tidur, syaitan telah bermalam di batang hidung kita. “Apabila bangun dari tidur, maka beristintharlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidung.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    5. Cuci kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali

    Kita tidak tahu apa yang dilakukan ketika tidur. Maka cucilah tangan selepas tidur sebelum melakukan sesuatu. “Bila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah menyelamkan tangan ke dalam bekas, sebelum menyucikan tangan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


    INILAH DIA AMALAN YANG MESTI KITA LAKUKAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. SEMOGA KITA DAPAT MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW INI DAN JADIKANNYA SEBAGAI AMALAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

    Sumber : Majalah Asuh