Keracunan Makanan


Punca Keracunan Makanan :


1. Bakteria berbahaya seperti Staphylococcus aureus, Salmonella, Escherichia coli, Bacillus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan Camphylobacter.

2. Racun (toksin) – makanan beracun seperti kulat cendawan, makanan laut (shellfish).

3. Bakteria dan racun boleh mencemarkan makanan ketika proses penyediaan, memasak atau selepas dimasak.
 

Tanda Keracunan Makanan :


- Memulas dan sakit perut
- Cirit-birit
- Loya dan muntah
- Demam dan kesejukan
- Sakit kepala


Komplikasi :


1. Ada pesakit boleh sembuh cepat dengan sendiri.

2. Mengalami gejala teruk sehingga mengalami dihidrasi dan muntah serta cirit-birit berpanjangan sehingga badan lemah.

3. Pesakit diserang demam.

4. Mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

5. Boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.


Tindakan Jika Terjadi Keracunan :


1.Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

2. Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan untuk tujuan kajian.

3. Pastikan orang lain tidak makan makanan berkenaan.

4. Lapor kepada Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan berhampiran dengan segera.


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Petua Kecantikan Untuk Menaikkan Seri Pengantin, Hilangkan Wajah Berkedut dan Rambut Hitam Berkilat


Petua Seri Pengantin


Ambil kunyit sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mendapatkan patinya. Jangan campurkan pati tersebut dengan air. Lumurkannya pada wajah. Lakukan dua atau tiga kali seminggu dua bulan sebelum berlangsungnya majlis persandingan.


Petua Hilangkan Wajah Berkedut


Ambil sebiji lobak merah, parut sehingga hancur. Seterusnya, ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur, campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut dengan membiarkannya kering selama 20 minit.


Petua Rambut Hitam Berkilat


Sayur kangkung diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian, sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih. Amalkan dua kali seminggu.
 
Sumber : Akhbar 

Doa Apabila Hendak Keluar Ke mana-mana Agar Diri Terpelihara Dari Gangguan Jin dan Syaitan



Bacalah 3 kali ayat ini apabila hendak ke mana-mana. Insyaallah, supaya terpelihara dan selamat daripada gangguan jin, syaitan dan musuh-musuh kita.

Jadikankan doa ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sehari-hari.

Ikhtiar dan Usaha.