Katakan ‘No’ Pada Lelaki Jenis Ini !



- Merayu pada kamu untuk datang ke rumahnya.

- Cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya awal-awal lagi berani menyentuh kamu.

- Kaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu.

- Menjauhkan diri dari kamu ketika menjawab panggilan.

- Mengajak kamu ke tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari orang. Alasannya perlukan ‘privacy’ tetapi hakikat sebenarnya kamu sendiri pasti dapat mengagaknya.

- Takut memperkenalkan kamu pada teman-teman dan ahli keluarganya.

- Terlalu banyak undang-undang misalnya tidak boleh menghubungi si dia pada waktu-waktu tertentu, tidak boleh ke tempat-tempat tertentu dan sebagainya.

- Terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencurigai sikapnya. Menggunakan wang dan kekayaan untuk menarik perhatian perempuan.

- Ada waktu-waktu tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba-tiba muncul dengan pelbagai alasan.

Romantik Ala Rasulullah



Bersegera Menemui Isteri Jika Tergoda


Daripada Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat seorang wanita, lalu Baginda masuk ke tempat Zainab, lantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya. Setelah itu baginda keluar dan bersabda yang bermaksud : “Apabila seseorang antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut.” (Riwayat al-Tirmizi).


Bergilir Minum Pada Tempat yang Sama


Daripada Aisyah r.h.a., beliau berkata: “Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda minum. Kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya daripadaku, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdul Razzaq dan Sa’id bin Mansur).


Hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada isteri Baginda, sekaligus menunjukkan bahawa Islam mementingkan komunikasi nonverbal. Sememangnya, bahasa tubuh dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif bagi menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

Ciri atau Indikator Pengukur Pembangunan