Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


• Pelajar cemerlang perlu membetulkan niatnya dalam menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar cemerlang harus menggunakan ilmunya dengan harapan memberikan sumbangan terhadap masyarakat. Kita perlu menghasilkan ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang.

• Pelajar cemerlang juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain. Yang paling nyata sekali tunaikan sembahyang, baik terhadap kedua ibu bapa, keluarga, sahabatnya serta menghormati guru.

• Pelajar cemerlang pandai memilih kawan-kawannya.


• Pelajar cemerlang pandai memilih bahan bacaan untuk pelajaran.

• Pelajar cemerlang hendaklah menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya untuk pelajaran.

• Pelajar cemerlang menguruskan hal rumah, sekolah atau pelajaran dengan teratur dan rapi. Penuntut yang tidak sistematik menyebabkan pemikirannya tidak tenteram.

• Pelajar cemerlang hendaklah menyusun masa dengan baik. Perlu diingatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.

• Pelajar cemerlang membiasakan diri dengan pembersihan dalaman diri. Setelah itu, kebersihan pakaian, tempat tidur, meja tulis dan bukunya.

• Pelajar cemerlang sentiasa hadir ke kelas kecuali berlaku keuzuran. Beri tumpuan ketika mengikuti ajaran guru. Lebih baik jika dapat membaca pelajarannya itu dahulu sebelum masuk ke kelas (amalkan SSS = Sebelum, Semasa dan Selepas).

• Pelajar cemerlang perlu tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain. Kalau tidak jelas, cepat-cepatlah pergi bertanya atau berjumpa dengan guru-guru atau kawan-kawannya.

• Pelajar cemerlang perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan cabangnya dengan perkataan yang mudah difahami.

• Pelajar cemerlang akan berusaha untuk menguasai pelajarannya. Ini merupakan perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya.

• Pelajar cemerlang perlu mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh digunakan untuk kerja-kerja kebajikan (SWOT).

• Pelajar cemerlang sentiasa bersyukur. Segala amalan dimulakan dengan adab yang mulia. Banyakkan usaha dan bertawakal kepada Allah. Jika gagal, berusaha lagi.


Ke Arah Penyelesaian Keruntuhan Moral dan Strategi untuk Memantapkan Akhlak Mulia


Sebagai seorang insan yang dibekalkan dengan akal fikiran yang waras, sudah sepatutnya kita memperbaiki akhlak kita khususnya dan akhlak masyarakat umumnya dengan mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W. Antara sifat terpuji baginda adalah seperti berikut:-

• Jalan beradab
• Aktif dalam Belajar atau Bekerja
• Serius
• Berjalan dengan Sahabat
• Selalu Berfikir
• Sebarkan salam
• Tidak membuang masa
• Tidak banyak bercakap
• Bercakap yang benar
• Lemah lembut
• Selalu agungkan Allah
• Tidak kutuk atau cela
• Tidak memuji berlebihan
• Sentiasa pertahankan kebenaran
• Sentiasa senyum
• Bahagikan waktu pada tiga iaitu :
• Ibadah kepada Allah
• Keluarga dan masyarakat
• Diri sendiri
• Marah bertempat
• Segala urusan dibuat sebaik mungkin ~Do The Best~
• Tidak lalai atau malas
• Selalu bersedia
• Banyak nasihat
• Banyak tolong orang lain
• Pergaulan yang baik
• Menghormati orang lain
• Bersopan santun
• Selalu memberi sedekah
• Menziarahi orang sakit
• Berbaik dengan jiran
• Menghormati yang lebih tua
• Mengasihi kanak-kanak
• Menerima jemputan untuk kebaikan
• Mendamaikan orang yang bertelingkah atau berkelahi
• Bermurah hati
• Tidak bercakap bohong
• Tidak bakhil
• Tidak menghampakan harapan orang
• Tidak boros
• Tidak memutuskan persaudaraan
• Tidak sombong
• Tidak memuji diri sendiri
• Tidak bercakap yang sia-sia
• Tidak menyumpah seranah orang lain
• Menepati janji
• Belas kasihan terhadap anak yatim
• Tidak meninggikan suara
• Mendalami al-Quran
• Mencintai Hari Akhirat
• Tidak merosakkan tanah
• Sentiasa bertaubat
• Meneguhkan keimanan dengan amalan-amalan yang soleh.

Demikianlah antara contoh sifat Rasulullah S.A.W. dalam usaha mendidik umatnya agar mengamalkan budi pekerti yang luhur. Baginda memberi ceramah atau nasihat terutama kepada mereka yang meminta nasihat dan tunjuk ajar. Contohilah akhlak Rasulullah ini.

Ingatlah...



Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A’raaf: Ayat 56)

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Yunus: Ayat 55 & 56)