Cermin Diri


  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran. Kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  • Kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
  • Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata


Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun.

Saya memperoleh ilmu ini di facebook dan pernah juga mendengarnya melalui ustaz yang berceramah di kaca televisyen.

Semasa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan  أشهدأنمحمدرسولالله maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَاعَنكَغِطَآءَكَفَبَصَرُكَٱلۡيَوۡمَحَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yang ke 22)


Kemudian hembus di belakang ibu jari. Selepas itu, gosok belakang ibu jari tersebut di kedua-dua belah mata (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri).

InsyaAllah, sentiasa amalkan, anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ini salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

Ketika Cinta Bertasbih

Nyanyian : Melly Goeslaw feat. Amee



Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
[*]

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun
cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
[**]

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta…
Back to [**]

Garis tangan tergambar
tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih