Nama Botani:
Sterculia foetida linn
Nama Keluarga:
Sterculiaceae
Nama Biasa :
Kelumpang Jari
Klasifikasi:
Pokok tinggi dan besar
Jangka hayat:
Tempoh jangka hayat panjang.
Tempat asal:
Afrika timur
Ciri-ciri:
- Batang pokoknya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter.
- Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar.Tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar.
- Pokok Kelumpang Jari merupakan pokok berdaun lebat yang besar. Batang pokoknya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter. Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar.
- Kulit kayu: Licin dan kelabu.
- Daun: Tumbuh berumpun pada penghujung dahan-dahan kecil, dengan bau yang tidak menyenangkan. Bentuknya seakan-akan jari, dengan 7 hingga 9 daun kecil. Daun kecil itu menirus dan berbentuk elips atau lanseolat elips (iaitu seakan-akan tombak). Panjangnya daun kecil ini antara 10-17 sentimeter. Petiolnya (tangkai daun) pendek antara 12.5-23 sentimeter.
- Bunga: Agak besar, antara 10-15 sentimeter panjangnya. Bunga ini bercabang-cabang dalam bentuk berumpun, dan tumbuh hampir pada penghujung dahan. Warnanya hijau atau ungu muram. Bunga ini adalah uniseks, dengan bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok-pokok yang berasingan. Kaliksnya berwarna jingga muram, dan dibahagikan kepada lima bahagian yang berpisah hampir sehingga pangkalnya. Panjang lobus kaliks 1-1.3 sentimeter. Folikelnya berwarna merah darah, 7.6-9 x 5 sentimeter, amat kukuh, dan pada dasarnya, berkayu.
- Biji: Bilangan biji antara 10-15. Warnanya bak sabak, dengan kulit rudimen yang berwarna kuning. Bentuknya bujur, dengan panjangnya antara 1.5-1.8 sentimeter.
Kegunaan Landskap :
Sebagai teduhan.
Lokasi:
Di tepi-tepi jalan.