BUNGA KERTAS



Nama Botani :

Bougainvillea

Nama Famili : 

Nyctaginaceae

Nama Biasa : 

Pokok Bunga Kertas

Klasifikasi : 

Pokok renek

Jangka Hayat :

Melebihi 20 tahun

Tempat Asal :

Amerika Selatan

Fungsi Landskap :

  • Pokok bunga kertas mempunyai bunga yang berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan sesuai sebagai tanaman hiasan terutamanya dikawasan taman-taman. 
  • Pokok bunga kertas menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek kerana penjagaanya yang mudah.

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Kawasan Taman dan Rumah

POKOK ATI-ATI

Nama Botani :

Solenostemon

Nama Keluarga :

Plectranthus

Nama Biasa :

Pokok Ati-ati

Klasifikasi :

Pokok renek

Jangka Hayat :

Tempoh jangka hayat yang rendah.

Tempat Asal :

Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina.

Ciri-ciri :

  • Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). 
  • Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter. 
  • Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. 
  • Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Kegunaan Landskap :

Sebagai tarikan di taman atau rumah

Lokasi :

Rumah atau taman
 

POKOK SEMARAK API



Nama Botani :

Delonix regia

Nama Family :

Fabaceae atau Caesalpiniaceae

Nama Biasa :

Pokok SemarakApi

Klasifikasi :

Pokok sederhana

Jangka hayat :

Tempoh  jangka hayat sederhana.

Tempat Asal :

Terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

Ciri-ciri :

  • Silaranya menyebar 10m - 15m. Ketinggian 10m - 15m. 
  • Bunganya berwarna merah, jelas dan menarik.

Kegunaan Landskap :

Pokok hiasan

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Sesuai untuk tanaman bandar