Makanan yang diperkuat “Fortified Food”
Makanan yang
telah ditambah dengan bahan-bahan lain atau perasa dan pemakanan asal telah
ditambah.
“Food Irradiation”
Proses
pemeliharaan makanan yang kontroversi dan meningkatkan jangka hayat makanan
melalui kawalan hidupan, organisma mikro di dalam makanan seperti rempah,
bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran atau menghalang pertumbuhan pada kentang
dan bawang. Pejuang-pejuang konsumerisme bimbang tentang lima aspek kesan “irradiation” iaitu kesihatan, keselamatan, pelabelan, pengesahan
dan keperluan.
Kepenggunaan Hijau (Green Consumerism)
“Green
Consumerism” berkisar kepada ungkapan “semakin sedikit semakin baik”. Ia juga
menjadi penting kepada organisasi di mana barang-barang dan perkhidmatan
dihasilkan. Tumpuan selaran kepada “Green Consumerism” adalah perolehan
barangan dan proses pengeluaran barang-barang yang tidak mementingkan
pemeliharaan persekitaran, kesaksamaan sosial dan ekonomi. Politik dan budaya
juga menjadi fokus “Green Consumerism”.
Ubat Generik
Semua jenis
dadah yang tidak dipatenkan, termasuk yang tempoh tarikh telah luput.
Tambahan Tersembunyi (Hidden Extras)
Tambahan bukan
merupakan pilihan yang mesti dibayar apabila membeli barangan atau perkhidmatan
tetapi tidak dinyatakan dengan jelas oleh pembekal.
Tambahan Harga yang Tersembunyi (Hidden Extras In Price)
Tambahan harga
yang tidak dinyatakan dengan jelas semasa pembelian seperti bayaran
penghantaran, bayaran pemasangan dan cukai.
Hadiah Percuma
Ia merupakan
hadiah yang disertakan kepada barangan atau diberi percuma jika pembelian
dilakukan mencapai satu nilai yang ditentukan. Kadang-kadang hadiah diberikan
secara percuma tanpa pembelian khususnya untuk tujuan promosi. Ia memang
percuma tetapi para pengguna dinasihatkan supaya meneliti harga barangan
apabila hadiah percuma disertakan yang kadang-kala harga dinaikkan secara sulit
untuk memasukkan harga hadiah percuma.
“Hazardous Products”
Barang yang
boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna. Biasanya barang juga
akan membahayakan jika kekurangan penerangan atau amaran.
“Hazardous Waste”
Bahan buangan
yang memberikan kesan yang serius kepada kesihatan atau boleh mengakibatkan
kematian atau boleh mengancam kesihatan atau persekitaran jika tidak diuruskan
dengan benar-benar sempurna.
Pembelian tergesa-gesa
Membeli
barang-barang tanpa dirancang terlebih dahulu.
Jingle
“Jingle”
mempunyai irama yang mudah diingat yang selalu digunakan untuk iklan barangan
dan mudah dikaitkan dengan barangan di dalam pemikiran masyarakat.
Makanan Ringan (Junk Food)
Makanan yang
kurang berkhasiat kerana mengandungi gula dan garam yang berlebihan, bahan
pengawet atau pewarna yang tidak dibenarkan. Makanan ini boleh membahayakan
jika dimakan tanpa makanan lain, misalnya “snack”, gula-gula, kepingan coklat,
minuman ringan. Makanan lain seperti burger dan kerepek kentang yang
mengandungi banyak lemak dan kalori tetapi sedikit serabut juga sering
dipanggil makanan tanpa khasiat.
Jualan Murah
Barangan yang dahulunya
dijual dengan harga yang mahal tetapi sekarang ditawarkan dengan harga yang
lebih murah. Di setengah-setengah negara, jualan murah dikawal melalui
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu yang mensyaratkan bahawa dalam
satu tempoh tertentu sebelum jualan murah diumumkan harga barangan berkaitan
hendaklah telah dijual dengan harga yang tertentu. Ini bertujuan untuk
mengelakkan peniaga mempengaruhi dan menipu pelanggan dengan jualan murah
palsu.
Jualan Melalui Pos
Menghantar
risalah khusus mengenai jualan barangan atau perkhidmatan melalui pos kepada
bakal-bakal pelanggan terpilih dengan mempelawa mereka membuat pesanan terus
tanpa melalui kedai. Jualan melalui pos biasanya menggunakan borang jawapan dan
pesanan.
Jaminan Pengeluar
Janji nyata atau
jaminan yang diberikan oleh pengeluar kepada peruncit yang biasanya disertakan
bersama barangan bahawa keupayaan, kualiti barangan adalah seperti yang
dinyatakan dan pembaikan serta penggantian akan dilakukan jika barangan tidak
memenuhi spesifikasi. Jaminan sedemikian biasanya untuk satu tempoh masa yang
tetap.
Jaminan Pemulangan Balik Wang
Jaminan bahawa
wang akan dikembalikan sekiranya pembeli tidak berpuas hati dengan barangan
yang dibeli.
Jualan Lambak
Jualan
barang-barang terpakai atau separuh pakai biasanya dikendali oleh pertubuhan
atau kelab untuk mendapatkan wang amal bagi sesuatu projek.
Kerugian Ekonomi (Economic Loss)
Tuntutan
undang-undang ke atas kerugian ekonomi ialah konsep yang berkaitan dengan
tanggungan barangan di mana pelanggan boleh mendapat pampasan ke atas kerugian
kewangan akibat pembelian barang-barang yang rosak (defective) atau tidak sempurna.
Kawalan Mutu
Proses
mengekalkan kualiti sesuatu barangan melalui sistem pengeluaran dan seterusnya
khidmat selepas
jualan.
Kuasa Pasaran
Kuasa-kuasa
tertentu yang boleh mempengaruhi pembelian sesuatu barangan (seperti harga,
permintaan, mudah diperoleh dan lain-lain).