Pantun Berbentuk Soalan Mengikut Tema untuk Pertandingan


Tema : Khazanah Hutan

Keris ditempa buat penahan,

Simpan berlapik di atas para;

Khazanah rimba anugerah Tuhan,

Inovasikan sumber bagaimana cara?

 

Bersua muka hulurkan salam,

Salam dihulur tanda kemesraan;

Hijaunya hutan khazanah alam,

Mengapa kini giat digondolkan?

 

Tema : Rakyat Berinformasi

Di pohon rahmat restu dicari,

Bicara puisi minta perkenan;

Gedung maklumat di hujung jari,

Rakyat berinformasi apa peranan?

 

Tepian beranda tumbuh lemuju,

Petik daunnya bergetah di jari;

Rakyat berinformasi negara maju,

Bagaimana maklumat dapat dicari?

 

Tema : Keceriaan Sekolahku

Berkain batik sayangnya carik,

Dijahit bonda buat dirinya;

Sekolah cantik budaya menarik,

Mengapa tiada nampak serinya?

 

Buah pulasan buah kuini,

Dibasuh bersih enak rasanya;

Slogan tulisan di sana sini,

Mengapa masih tiada sedarnya?

 

Tema : Menghormati Jiran

Letak joran di tepi para,

Bersama dengan parang di ulu;

Hormati jiran bagaimana cara,

Agar hubungan harmoni selalu?

 

Bawa joran mengitai haruan,

Di tepi tasik melirik mata;

Hormati jiran teguh perpaduan,

Mengapa masih cetus sengketa?

 

Doa Seorang Mukmin

Bismillahirahmanirahim

ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai,  kesihatan baik yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan  didunia ini dan diakhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami, hidupkan lah hati kami, sembuhkan lah  segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkan lah  hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.ِ

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikan lah kami hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya.

Ya Allah berilah Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkan lah kami dalam Iman, dan matikan lah kami dalam Iman, selamatkan lah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampuni lah kami semasa kami djalankan hisab, hisab lah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan. Beri lah kami peluang untuk mendapat Syufa'at Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah berilah kami peluang untuk mengucapkan kalimah “Laillahaillallah Muhamadarasulullah” sebagai akhir kalam sebelum kami meninggal dunia. Tempatkan roh kami dikalangan mereka yang beriman dan beramal solleh.

Ya Allah, Kau tutuplah aib kami, padamkan segala catatan dosa dan kesalahan dalam buku amalan kami, beratkan amal timbangan kami dan berilah kami peluang untuk menerima buku amalan kami dengan tangan kanan.

Ya Allah Kau permudahkanlah kami melintasi titian sirat umpama sepantas kilat.  

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahaja lah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, kami pohonkan syurga tanpa hisab, berilah kekuatan,  Taufik dan Hidayah kepada kami  supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami kearahnya.
            
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran-jiran kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين