Tutorial Capture Gambar dari Screen

Hari ini saya nak terangkan cara-cara untuk capture atau tangkap gambar dari screen. Apa itu capture gambar dari screen? Maksudnya kita jadikan skrin komputer kita sebagai gambar. Apa-apa yang terdapat di skrin komputer kita dapat jadikan imej.

Contohnya seperti gambar di bawah saya telah menjadikannya sebagai imej atau gambar. Laman tersebut ialah dari blog Sajian Hati.

Capture Gambar


Pertama sekali, pergi ke keyboard anda. Cari butang yang tulis PrtSc SysRq. Cari sampai dapat selalunya berada di atas sekali.

Tekan button tersebut. Sekali, banyak kali pun tidak apa.

Seterusnya, pergi ke paint iaitu Start - all program - accessories - paint. Tekan Ctrl dan V serentak. Ada tak gambar? Kemudian bolehlah disave.... 

Anda boleh crop atau edit gambar tersebut mengikut yang anda kehendaki.. Selamat Mencuba...


Bolehkah Wanita Haid Masuk Masjid?

wanita muslimah

Soalan :

Saya bakal berkahwin tidak lama lagi dengan majlis akad nikah bakal diadakan dalam masjid. Saya risau jika pada hari berkenaan saya dalam keadaan haid. Adakah kita dilarang memasuki masjid dalam keadaan haid jika niat kita untuk menyelesaikan pernikahan sahaja?


Jawapan :

Para ilmuwan berbeza pendapat hukum wanita yang sedang haid memasuki masjid. Dalam bab ini terdapat sebuah riwayat yang bermaksud: Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub. Akan tetapi darjat kekuatan hadis ini diperbincangkan. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis lain yang jelas sahih berkenaan seorang wanita yang tinggal sekian lama di dalam khemah, di dalam masjid Nabi di Madinah (Shahih al-Bukhari, no: 439).

Wanita tersebut tentu mengalami kitaran seperti biasa, namun Rasulullah tidak menegur atau melarang beliau daripada terus berada di dalam masjid. Oleh itu saya lebih cenderung kepada hukum bahawa wanita yang sedang haid boleh memasuki masjid atas apa jua urusan.

Seperkara lain, apabila mendekati hari nikah dan anda pasti akan didatangi haid pada hari tersebut, hendaklah memaklumkannya kepada calon suami. Ini kerana antara agenda utama pada malam pernikahan ialah suami dan isteri melakukan hubungan seks buat pertama kali. Makluman yang awal akan dapat mengelak situasi yang tidak diingini pada malam pertama tersebut. Perlu ingat bahawa Islam melarang suami menyetubuhi isterinya yang sedang haid, tetapi membolehkan mereka bermain-main bersama-sama.


Oleh :
Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Majalah Dara.com

Ingin Membatalkan Nazar

Soalan :

Saya pernah bernazar tetapi kini ragu sama ada dapat melaksanakannya. Bolehkah saya membatalkannya atau menukarnya?


Jawapan :

Pertama sekali, meskipun nazar dibolehkan dalam Islam, ia bukanlah sesuatu yang dianjurkan. Ini kerana seseorang itu hendaklah ikhlas beribadah kepada Allah dan bukannya setelah mendapat sesuatu kebaikan atau mengancam dirinya dengan hukuman jika gagal memenuhi nazar tersebut. Lebih dari itu bersumpah ke atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah sunat bererti menukar hukumnya dari sunat kepada wajib. Ini juga bukan sesuatu yang selari dengan ajaran Islam.


Nazar umpama sumpah dan sesiapa yang tidak dapat memenuhinya hendaklah membayar kafarat sumpah iaitu :-

  1. Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang biasa diberikan kepada keluarga kamu, atau
  2. Memberi pakaian kepada mereka, atau
  3. Memerdekakan seorang hamba, atau
  4. Berpuasa tiga hari.

Memandangkan anda sudah bernazar, maka laksanakanlah ia dan jika benar-benar tidak mampu, bayarlah salah satu dari empat kafarat sumpah di atas. Selepas itu usah bernazar lagi. Beribadahlah kepada Allah kerana anda ingin beribadah kepadanya, taat kepada-Nya, bersyukur kepada-Nya dan inginkan ganjaran syurga daripada-Nya.


Oleh :
Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Majalah Dara.com