Bagaimanakah Mentadak Memburu Mangsa?


Pada bahagian kaki mentadak terdapat banyak gigi yang tajam. Apabila mentadak mengesan serangga yang berhampirannya, mentadak akan menghulurkan kaki depan lalu menangkap mangsa dengan cepat. 

Sesetengah mentadak pandai menyamar. Warna badan dan rupa mentadak membolehkan mentadak menyamar sebagai batang pokok atau daun yang layu untuk menagkap serangga yang leka.

Sumber : Teman Pintar

Mengapakah Katak Hanya Makan Organisma yang Hidup?


Mata katak tidak sama seperti mata manusia. Mata manusia boleh berputar dengan ligat manakala mata katak sebaliknya. Oleh itu, penglihatan katak adalah sempit. Katak hanya boleh mengesan organisma yang sedang bergerak. Ia tidak dapat mengesan organisma yang tidak bergerak. Oleh kerana itu, katak hanya dapat makan organisma yang hidup.

Sumber : Teman Pintar

Adakah Kelawar Sejenis Burung?


Kelawar tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu, kelawar tidak dikategorikan sebagai burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.

Sumber : Teman Pintar