Kursus Perkahwinan 4




-          Malaikat lebih banyak daripada jin. Terdapat 180 malaikat dan jin pula hanya 9.

-          Sebelum masuk rumah, hendaklah memberi salam dan membaca surah ‘kul’ahad.

-          Neraka Saqar ditempatkan orang-orang yang tidak bersembahyang.

-          Orang yang melakukan dosa besar iaitu ketidakpatuhan yang boleh diazab dalam neraka serta di laknat (keluar dari rahmat Allah).

-          Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad adalah nabi ululazmi iaitu yang kuat kesabaran.

-          Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah.

-          Manusia adalah khalifah Allah.

-          Merisik dan melihat bakal tunang adalah harus iaitu muka dan tapak tangan sahaja.

-          Ujian HIV hanya sah untuk tempoh 6 bulan sahaja untuk pendaftaran perkahwinan.

-          Umur yang ideal untuk kehamilan ialah antara 20 hingga 30 tahun.

-          Wanita mengandung yang kurang folik asid akan menyebabkan kecacatan.

-          Apakah yang dimaksudkan dengan janda berhias? Janda berhias ialah wanita dikahwini yang belum disetubuhi dan  sudah diceraikan. Janda berhias ini tidak boleh dirujuk dan tidak mempunyai idah.

-          Contoh taat pada suami ialah isteri tidak membenarkan lelaki atau orang tidak dikenali masuk  ke rumah ketika suami tiada.

-          Apakah yang dimaksudkan dengan adil? Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

-          Adab dikubur ialah memberi salam dan membelakangkan kiblat.

Kursus Perkahwinan 3



 PENGURUSAN KESIHATAN


Faktor Yang Pengaruhi Kesihatan


·         Gaya hidup sihat 50%
·         Baka dan Genetik 20%
·         Persekitaran 20%
·         Perkhidmatan kesihatan 10%

Kaedah Perancang Keluarga


·         Pil
·         Suntikan hormon
·         Implan (susuk)
·         Alat dalam rahim
·         Kondom
·         Kaedah azal (withdrawal)



PENGURUSAN KONFLIK


Konflik Suami Isteri


Satu situasi apabila hubungan, komunikasi, sikap, nilai dan reaksi pasangan yang tidak sejajar dengan konsep perkahwinan Islam.



Tanda-tanda Konflik


·         Hilang ketenangan hidup
·         Berkurangnya perasaan kasih dan mesra
·         Mengabaikan pelaksanaan tanggungjawab
·         Pergaulan menjadi tidak baik
·         Berlaku halangan komunikasi
·         Tidak berterus-terang
·         Bersikap negatif


Punca-punca Konflik


·         Tidak menghargai atau menghormati pasangan
·         Menghadapi masalah kesihatan
·         Gagal mengimbangi kerjaya dan rumahtangga
·         Gagal memahami budaya kerja pasangan
·         Gangguan oleh faktor luaran yang negatif
·         Menghadapi masalah kewangan
·         Amal akhlak yang buruk
·         Pertentangan budaya


Kaunseling


Satu proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan isteri yang terperangkap dengan masalah.


Suami Isteri Yang Memerlukan Kaunseling


·         Berkonflik
·         Mengalami tekanan atau stress
·         Sukar berinteraksi dengan pasangan
·         Ingin berkongsi masalah
·         Memerlukan pengukuhan emosi



Matlamat Kaunseling


·         Membantu suami isteri
·         Menyelesaikan konflik
·         Memahami tanggungjawab
·         Mengubah tingkah laku yang tidak berfaedah
·         Memulihkan perhubungan


Tatacara Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling


·         Suami/isteri hadir di Pejabat Agama Daerah mengikut tempat mastautin
·         Isi borang yang disediakan



IBADAH ISLAMIAH


Pengertian Ibadah


Saru pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah S.W.T menurut cara-cara yang ditentukan oleh syara’.