BUNGA RAYA


Nama Botani :

Hibiscus Rosa – sinensis

Nama Famili : 

Malvaceaae

Nama Biasa : 

Bunga raya, shoe flower

Klasifikasi :

Pokok renek

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat panjang.

Tempat Asal :

China

Ciri-ciri :

  • Bentuknya ialah rimbun menegak dan tekstur sederhana kasar. Mempunyai ketinggian 2 meter   hingga 3 meter. 
  • Bunga ini mempunyai pelbagai warna iaitu merah, merah jambu, putih, kuning, jingga dan Hybrid. 
  • Bunga adalah sederhana besar, mempunyai 5 kelopak serta mempunyai ‘style’ yang panjang berstigma pada hujung seakan bulu disekeliling.

Fungsi Landskap :

Bunga ini ditanam di taman-taman dan juga di sekeliling pagar bagi menghiasi kawasan rumah kerana warna yang menarik dan pelbagai. Boleh dijadikan pokok pagaran dan sebagai penanda sempadan. Penanaman dilereng bukit juga dapat membantu mengawal hakisan cerun.

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Bunga ini sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.

Ayat - Ayat Cinta

Nyanyian : Rossa

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud

PAS Sungai Baru Anjurkan Pertandingan Dam Aji

Peserta Pertandingan Dam Aji

PARIT BUNTAR, 11 Mac 2010 : Permainan tradisi Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi muda telah dihidupkan semula oleh PAS Sungai Baru Pangkal dengan mengadakan pertandingan dam aji.

Pertandingan ini diadakan adalah semata-mata untuk menghidupkan semula permainan tradisional yang semakin dipinggirkan serta memupuk semangat perpaduan sesama penduduk kampung.

Pertandingan ini adalah salah satu usaha agar masyarakat dapat berkumpul dan hidup bekerjasama di antara satu sama lain.

Abu Kasim Haji Kadri telah muncul sebagai juara setelah mengalahkan pencabarnya Aziz Sulaiman dalam pertandingan akhir.