Bahan Semula jadi untuk Belai Tubuh

pokok lidah buaya

Jika anda ingin membelai tubuh menggunakan bahan semula jadi, panduan berikut boleh dicuba :-


1. Tubuh


Mandian teh bersama pelembap epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid, vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit, mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan.

Caranya, campurkan potongan epal, satu cawan kelopak bunga mawar dan tiga uncang teh chamomile di dalam bekas mandian. Kemudian mandi setiap pagi. Anda juga boleh merebus semua bahan selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk. Masukkan ke dalam botol penyembur kemudian setiap pagi semburkan pada wajah dan badan untuk kesegaran.


2. Kaki


Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki bersih dan licin.

Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.

Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


3. Kuku kaki dan tangan


Bersihkan daun lidah buaya kemudian sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan rawatan ini secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Bawang putih mengandung zat yang sangat baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan kuku dengan air sejuk.

Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku, sekali gus menguatkan kuku. Caranya, gosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih.

Sumber : Harian Metro (29 Mei 2014)

Panduan Memilih Beg Tangan

beg tangan

Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bahkan akan dicemuh oleh rakan lain dan penampilan jadi serba tidak kena. Berikut panduan memilih beg tangan yang sesuai.


1. Kecil dan berkilat


Beg tangan jenis ini memang sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang menyerlahkan gaya seseorang itu agar nampak anggun dan cantik ketika majlis formal.


2. Badan saiz besar


Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas coraknya. Jangan sesekali memilih yang beropol-ropol dan terlalu banyak kocek atau hiasan kerana akan membuatkan penampilan kelihatan berserabut serta tidak kemas.


3. Beg kecil


Jika anda terlalu gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas. Pastikan anda ada beg lain yang lebih besar untuk menyimpan dokumen kerja yang penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit. Ini akan membuatkan anda nampak profesional seterusnya memudahkan anda membawa dokumen ke mana juga.


4. Badan saiz kecil


Elakkan memakai beg besar seandainya badan anda bersaiz kecil. Walaupun menjadi ikutan anak muda kini memilih beg tangan besar, cuba elakkan hal itu terjadi kepada diri anda tetapi cukuplah sekadar yang mempunyai saiz sederhana. Jika tidak anda mungkin disalah anggap ingin balik kampung dengan beg sebesar itu.


5. Beg kulit


Ia sesuai digayakan ketika anda sedang bertugas di pejabat terutama bagi yang menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.


6. Elak warna terang


Cuba elak memakai beg tangan yang mempunyai warna terang seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit ketika memulakan tugas di pejabat. Pilihlah warna yang semulajadi dan sedap mata memandang.


Sumber : Harian Metro 30 Oktober 2013

Cara Meredakan Kemarahan dan Doa Untuk Orang yang Degil


1. Doa Meredakan Kemarahan



Baca ayat ini iaitu surah Al-A’raaf Ayat 154 bila melihat atau berhadapan dengan orang yang sedang marah.



2. Doa Untuk Orang yang Degil


Lakukan sebanyak 7 kali selepas sembahyang dan hembuskan (tiup) kepala yang dihajatkan (anak, suami, isteri) seboleh-bolehnya ditiup ke arah mukanya sama ada semasa ia sedar atau tidur. Dan pastikan ketika membaca ayat tersebut hendaklah meniatkan hajat terhadapnya ketika pada potongan  ‘kun’. Surah yang harus dibaca ialah surah Yasin Ayat 82.