FAKTA SAINS (LIMA)

jantung

Tahukah Anda?

Jantung manusia berdenyut lebih daripada 100 000 kali sehari. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.


Tahukah Anda?

Purata kepekatan garam dalam air laut ialah 3.5% dari berat keseluruhan.


Tahukah Anda?

Kelawar selalunya akan membelok ke kiri apabila keluar dari gua.


Tahukah Anda?

Hanya 0.016mg toksin yang dikeluarkan oleh ‘Poison Frog’ (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.


Tahukah Anda?

Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Burung kakak tua cuma suka mengajuk atau meniru bunyi siulan dan kata-kata.


Tahukah Anda?

Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.


Tahukah Anda?

Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


Tahukah Anda?

Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu burung hantu tidak boleh menggerakkan mata. Untuk melihat sekeliling, burung hantu terpaksa menggerakkan keseluruhan kepala.

Mengapakah Air Hujan Akan Menjadi Titisan Air Apabila Jatuh Pada Daun Teratai?



Ini kerana permukaan daun teratai terdapat bulu-bulu halus yang mengandungi lapisan lilin. Molekul lilin adalah neutral, ia tidak membawa elektron positif atau elektron negatif. Oleh itu, apabila air jatuh ke atas permukaaan daun teratai, ia akan menjadi titisan air dan tidak akan meresap pada permukaan daun.

Mengapakah Mata Serigala Berwarna Hijau?


Serigala merupakan sejenis binatang liar yang suka menjalankan aktiviti pada waktu malam. Sekiranya anda ternampak cahaya hijau sedang bergerak di dalam hutan atau semak-samun pada waktu malam, anda sebenarnya mungkin sedang melihat sepasang mata serigala.

Binatang yang menjalankan kegiatan pada waktu malam mempunyai mata yang berupaya memancarkan cahaya hijau semasa berada di sinaran yang lemah. Bola mata binatang tersebut mempunyai habluran yang istimewa.

Habluran ini ini boleh mengumpulkan cahaya yang lemah dan memantulkan cahaya tersebut supaya dapat melihat benda dengan jelas semasa dalam keadaan yang gelap. Selain daripada serigala, mata binatang seperti kucing, harimau, musang dan sebagainya juga boleh memancarkan cahaya hijau.