Novel : Cukup
Derita Itu
Pengarang : Siti Rosmizah
Bilangan Halaman : 1170
Penerbit : SR Publication
Cetakan Pertama : 2014
Sumber Buku : Sahabat (Ain)
Harga : RM38.90
Ellana dan Ellani, kembar seiras yang
tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah
membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani
diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
”Kenapa
kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup
merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku
sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak
guna!” hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air
mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah
sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah?
Jangan harap!
Zarul Zafran lelaki tampan yang
bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa
mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul
ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya.
Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung
Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Doktor mengesahkan Zarul
Zafran telah hilang ingatan akibat kemalangan itu. Cinta Zarul selama ini untuk
Ellana beralih pula kepada Ellani. Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang
hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yang
telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran
akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui sepanjang perkahwinan
mereka. Ada yang suka dan duka. Hasil perkahwinan itu, lahirlah pasangan kembar
iaitu Afiq dan Nia.
Dendam yang berlingkar dalam hati mak
ngah dan Ellana menambahkan derita hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih
pada cinta pertamanya setelah ingatannya kembali pulih. Pengorbanan Ellani
tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.
“Ellani
binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu!
Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada
kau”.
Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS
dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
“Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani
macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak?
Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi
dugaan-Mu ini! Raungnya.
Ellani… cukup derita itu! Cukup derita
itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga
kata-kata yang dijerit dalam hatinya.
Ellana bukanlah gadis sebaik yang
disangka oleh Zarul. Ketika belajar di UK, telah melakukan hubungan sulit dengan
lelaki lain. Apabila telah diketahui Zarul, kini baru disedari cintanya hanya
untuk Ellani dan anak-anak.
Zarul sanggup melakukan apa sahaja
demi kembali pada Ellani. Malah, sanggup menculik anaknya sendiri ketika di
lapangan terbang. Ellani yang tidak dapat berpisah dengan Afiq dan Nia,
terpaksa kembali bersama suaminya Zarul Zafran.
Ellani begitu sukar untuk menerima
suaminya seperti dahulu. Dia masih tidak percaya bahawa cinta Zarul hanya
miliknya. Apa yang lebih menyakitkan hati, Zarul sanggup membawa Ellana pulang
ke rumah mereka semata-mata untuk menyakitkan hati Ellani.
Pelbagai konflik dan kemelut yang berlaku
hingga akhirnya membawa Ellani pergi menghilangkan diri meninggalkan anak-anak.
Dia telah nekad untuk berpisah dengan anak-anaknya kerana tidak sanggup lagi
tinggal bersama suaminya.
Zarul yang terlalu menyintai isterinya
pergi ke kampung halaman Ellani untuk memujuk isterinya. Terjadilah suatu
insiden di mana semasa mereka bergaduh, Ellani telah terbaling buah rambutan ke
sarang lebah.
Hasil lakonan Salwa yang mantap,
menjadikan suami isteri ini bersatu dan cinta mereka kekal mewangi. Ellani
sesungguhnya masih mencintai Zarul manakala Zarul pula baginya cintanya kepada
Ellani bukanlah cinta pertama baginya tetapi cinta terakhir untuknya. Cukup
derita itu… Moga selepas ini, kebahagiaan milik mereka buat selama-lamanya.
Antara Watak yang Terlibat
Ellana dan Ellani – Kembar
seiras, Ellana adalah kakak kepada Ellani.
Mak Ngah Gayah – Mak saudara
kepada Ellana dan Ellani.
Pak Ngah Salim - Bapa saudara
kepada Ellana dan Ellani, adik kepada Puan Zaleha.
Puan Zaleha – Ibu kepada Ellana
dan Ellani.
Datin Mahani – Sahabat baik Puan
Zaleha.
Dato’ Azli – Suami Datin Mahani.
Salwa – Sahabat baik Ellani.
Fariz Mukhriz – Abang Salwa.
Zarul Zafran – Anak sulung Datin
Mahani.
Amirul – Anak kedua Datin Mahani.
Afiq dan Nia – Anak kembar Ellani
dan Zarul Zafran.