Petua Dapat Anak

bayi

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Hal ini kerana anak adalah penyeri, penyambung keturunan dan pengikat kasih sayang. Huraian di bawah merupakan petua bagi mereka yang lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.


Petua Memperoleh Cahaya Mata


1. Amalkan meminum air suam bercampur madu  asli (warna hitam) setiap awal pagi selama tiga bulan.

2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumah tangga.

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.


Cara Melakukan Amalan Senaman Batin


  • Duduk bersila badan tegak
  • Luruskan kaki kanan ke depan
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
  • Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama tujuh saat) jika tidak mampu jangan paksa.
  • Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.

Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walupun hanya tiga kali (tiga kali kanan dan kiri). Selamat mencuba.

Petua Mengelak Rambut Cepat Beruban


Kebanyakan orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri. Tetapi apabila tumbuh uban sama ada ketika remaja atau tua, anda kelihatan lebih tua daripada usia. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam walaupun dalam usia emas. Petua jika mahu lambat tumbuh uban di kepala ialah :

Ambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yang sudah masak kemudian jemur. Biji betik yang kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat sehingga menjadi minyak. Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian, insya-Allah mujarab.

Cara Bersihkan Hati untuk Mendapatkan Ketenangan Jiwa


Rasulullah telah didatangi Ibnu Mas’ud, meminta nasihat Rasulullah cara untuk mendapatkan ketenangan. Lima cara yang telah diberikan oleh Rasulullah iaitu :-


1. Tunaikanlah solat


- Solat merupakan antibiotik untuk hati sanubari. Sembahyanglah dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Sembahyang yang khusyuk boleh merawat hati yang sedang sakit.


2. Membaca Al-Quran


- Al-Quran itu merupakan kalam Allah. Kata-kata Allah boleh merawat dan memberi ketenangan.


3. Banyakkan berzikir


- Berzikir dan memperingati Allah dan Rasul dapat memberi ketenangan dan menyuburkan jiwa.


4. Menghadiri majlis ilmu


- Hendaklah selalu menghadiri majlis ilmu dan mencari ilmu. 


5. Bangun bertahajud pada malam hari


- Dapat mendekatkan diri kepada Allah pada waktu yang sunyi dan amat memberi ketenangan pada jiwa.


Sumber : Ustaz Sharhan Shafie (Tanyalah Ustaz)

Adab dan Waktu Berdoa Agar Lebih Mustajab dan Sebab Doa di Hijab

berdoa

Doa merupakan cara umat Islam memohon sesuatu daripada Allah S.W.T. Dengan berdoa menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan yang mencipta. Berdoa memerlukan adab dan waktu yang sesuai agar doa tersebut lebih mustajab. Selain itu, kita harus mengetahui mengapa doa kita dihijab iaitu tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Berikut diterangkan dengan lebih terperinci cara untuk kita berdoa atau memohon pada-Nya agar lebih mustajab :


Adab Berdoa Agar Doa Lebih Mustajab

1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat
3. Disunatkan menadah tangan dan disunatkan melihat ke langit
4. Berdoa dengan hati yang penuh khusyuk
5. Jangan berdoa terlalu kuat iaitu kita sahaja yang mendengarnya.


Waktu Mustajab Berdoa

1. Ketika 1/3 malam
2. Ketika mengerjakan umrah
3. Pada hari Jumaat
4. Doa orang yang dizalimi


Tips-tips Doa yang Mustajab

1. Berdoa selepas solat tahajud
2. Ketika berpuasa dan solat fardu
3. Berdoa dalam keadaan sunyi
4. Berdoa ketika dekat kepada Allah iaitu dalam sujud
5. Doa orang yang dizalimi
6. Doa dari ibubapa
7. Doa dibaca ketika malam Lailatul Qadar


Sebab-sebab Doa di Hijab

1. Kita jauh dengan Allah S.W.T.
2. Tidak yakin dengan apa yang kita doa
3. Orang yang melakukan kezaliman
4. Tidak taat kepada Allah
5. Syirik kepada Allah S.W.T.


Sumber : Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sharhan Shafie

Bahan Semula jadi untuk Belai Tubuh

pokok lidah buaya

Jika anda ingin membelai tubuh menggunakan bahan semula jadi, panduan berikut boleh dicuba :-


1. Tubuh


Mandian teh bersama pelembap epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid, vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit, mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan.

Caranya, campurkan potongan epal, satu cawan kelopak bunga mawar dan tiga uncang teh chamomile di dalam bekas mandian. Kemudian mandi setiap pagi. Anda juga boleh merebus semua bahan selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk. Masukkan ke dalam botol penyembur kemudian setiap pagi semburkan pada wajah dan badan untuk kesegaran.


2. Kaki


Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki bersih dan licin.

Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.

Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


3. Kuku kaki dan tangan


Bersihkan daun lidah buaya kemudian sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan rawatan ini secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Bawang putih mengandung zat yang sangat baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan kuku dengan air sejuk.

Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku, sekali gus menguatkan kuku. Caranya, gosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih.

Sumber : Harian Metro (29 Mei 2014)

Panduan Memilih Beg Tangan

beg tangan

Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bahkan akan dicemuh oleh rakan lain dan penampilan jadi serba tidak kena. Berikut panduan memilih beg tangan yang sesuai.


1. Kecil dan berkilat


Beg tangan jenis ini memang sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang menyerlahkan gaya seseorang itu agar nampak anggun dan cantik ketika majlis formal.


2. Badan saiz besar


Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas coraknya. Jangan sesekali memilih yang beropol-ropol dan terlalu banyak kocek atau hiasan kerana akan membuatkan penampilan kelihatan berserabut serta tidak kemas.


3. Beg kecil


Jika anda terlalu gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas. Pastikan anda ada beg lain yang lebih besar untuk menyimpan dokumen kerja yang penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit. Ini akan membuatkan anda nampak profesional seterusnya memudahkan anda membawa dokumen ke mana juga.


4. Badan saiz kecil


Elakkan memakai beg besar seandainya badan anda bersaiz kecil. Walaupun menjadi ikutan anak muda kini memilih beg tangan besar, cuba elakkan hal itu terjadi kepada diri anda tetapi cukuplah sekadar yang mempunyai saiz sederhana. Jika tidak anda mungkin disalah anggap ingin balik kampung dengan beg sebesar itu.


5. Beg kulit


Ia sesuai digayakan ketika anda sedang bertugas di pejabat terutama bagi yang menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.


6. Elak warna terang


Cuba elak memakai beg tangan yang mempunyai warna terang seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit ketika memulakan tugas di pejabat. Pilihlah warna yang semulajadi dan sedap mata memandang.


Sumber : Harian Metro 30 Oktober 2013