Tip Menulis Blog, Format Penulisan yang Betul



Dunia kini memandang serius akan artikel yang dihasilkan dari blog-blog seluruh dunia. Apabila penulisan di blog bakal menjadi kerjaya maka perlu dititikberatkan tentang kekemasan dan disiplin dalam penulisan. Penulisan blog lebih bersifat individual dan bebas tetapi perlu juga diberi perhatian agar nampak keseriusan penulisnya.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah seperti :

TAJUK

Beri tajuk artikel yang lebih menarik. Contohnya “Tip Menulis Blog”, “Bagaimana Menulis Dengan Betul” dan “Apakah Cinta Boleh Dijual Beli!?”.

FAKTA

Biasanya perenggan pertama dan kedua menguatkan fakta yang datangnya dari tajuk atau topik. Hal ini penting kerana ia sebagai pelengkap apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut.

HURAIAN

Penerangan lebih lanjut tentang fakta yang telah ditulis supaya pembaca lebih faham apa yang ingin disampaikannya. Biasanya di sini diberikan contoh atau bukti untuk menguatkan fakta yang dimaksudkan.

KESIMPULAN

Akhir sekali, penulis perlu beri pandangan secara peribadi tentang apa yang ditulisnya. Di sini penulis punyai kesempatan untuk menarik perhatian pembaca yang bakal menaruh kepercayaan kepada penulisannya. Atau penulis boleh berinteraksi dengan pembaca untuk berbincang tentang topik yang disampaikan. 

Tidak kisahlah sama ada menulis tentang kisah yang serius atau santai tapi tekniknya haruslah sama dan tidak terlalu remeh. Hal ini penting untuk menarik pembaca yang pentingkan kebijaksaan penulis. Secara tidak langsung, ia juga dapat menarik kepercayaan pembaca untuk terus membaca artikel yang ditulis.

Sumber : Majalah Remaja

BUNGA RAYA


Nama Botani :

Hibiscus Rosa – sinensis

Nama Famili : 

Malvaceaae

Nama Biasa : 

Bunga raya, shoe flower

Klasifikasi :

Pokok renek

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat panjang.

Tempat Asal :

China

Ciri-ciri :

  • Bentuknya ialah rimbun menegak dan tekstur sederhana kasar. Mempunyai ketinggian 2 meter   hingga 3 meter. 
  • Bunga ini mempunyai pelbagai warna iaitu merah, merah jambu, putih, kuning, jingga dan Hybrid. 
  • Bunga adalah sederhana besar, mempunyai 5 kelopak serta mempunyai ‘style’ yang panjang berstigma pada hujung seakan bulu disekeliling.

Fungsi Landskap :

Bunga ini ditanam di taman-taman dan juga di sekeliling pagar bagi menghiasi kawasan rumah kerana warna yang menarik dan pelbagai. Boleh dijadikan pokok pagaran dan sebagai penanda sempadan. Penanaman dilereng bukit juga dapat membantu mengawal hakisan cerun.

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Bunga ini sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.