:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Sembahyang itu tiang agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya, dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.


A) Seksaan Di Dunia


1. Allah mengurangkan berkat umurnya.
2. Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
3. Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam.
5. Amalan kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
6. Allah tidak menerima doanya.


B) Seksaan Ketika Menghadapi Mati


1. Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya.


C) Seksaan Sewaktu Dalam Kubur


1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
2. Allah akan menggelapkan kuburnya.
3. Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat.


D) Seksaan Ketika Bertemu Allah


1. Di hari kiamat ia akan dibelenggu oleh Malaikat.
2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan.
3. Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang keras.



DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU


SUBUH: Sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)

ZOHOR: Sekali meninggalkannya, dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.

ASAR : Sekali meninggalkannya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Mekah)

MAGHRIB : Sekali meninggalkanya, dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.

ISYAK : Sekali meninggalkannya, Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya.