:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label Pokok Sederhana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Sederhana. Papar semua catatan

POKOK SEMARAK API



Nama Botani :

Delonix regia

Nama Family :

Fabaceae atau Caesalpiniaceae

Nama Biasa :

Pokok SemarakApi

Klasifikasi :

Pokok sederhana

Jangka hayat :

Tempoh  jangka hayat sederhana.

Tempat Asal :

Terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

Ciri-ciri :

  • Silaranya menyebar 10m - 15m. Ketinggian 10m - 15m. 
  • Bunganya berwarna merah, jelas dan menarik.

Kegunaan Landskap :

Pokok hiasan

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Sesuai untuk tanaman bandar

POKOK KIPAS PISANG

 

Nama Botani :

Liliopsida

Nama Keluarga :

Strelitziaceae

Nama Biasa :

Pokok kipas pisang

Klasifikasi :

Pokok sederhana

Jangka Hayat :

Tempoh  jangka hayat sederhana.

Tempat Asal :

Madagaskar

Ciri-ciri :

  • Tinggi pokok pisang kipas adalah 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. 
  • Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. 
  • Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pakal pokok induk. Akarnya jenis merayap.

 

Kegunaan Landskap :

Sebagai pokok  tanaman hiasan di taman-taman.

Lokasi :

Kawasan taman.

POKOK BUNGA NANAS




Nama Botani :

Bunga Bromeliad

Nama Keluarga :

Bromeliaceae

Nama Biasa :

Pokok Bunga Nanas

Klasifikasi :

Pokok sederhana.

Tempat Asal :

Amerika Selatan

Jangka Hayat :

Mencapai kematangan apabila mencecah umur 2 hingga 3 tahun.

Ciri-ciri :

  • Bahagian atas daun seperti bentuk cawan dapat menakungi air. 
  • Duri halus yang terdapat di atas daun berfungsi untuk penyerapan air dan makanan. 
  • Warna daun akan berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima. 
  • Warna bunga berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima. 
  • Kebanyakan berwarna terang dan apabila kembang ia akan bertahan sehingga beberapa bulan dan akhirnya biji benih akan terhasil.

Kegunaan Landskap:

Sebagai daya penarik tempat atau kawasan.

Lokasi:

Di dalam atau di luar bangunan pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya.