:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label Petua Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kesihatan. Papar semua catatan

Petua Menghilangkan Dengkur Sewaktu Tidur


Ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan air susu suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Insyaallah dengkur anda akan hilang.

Petua Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin


Sekiranya anda mengalami masalah perut buncit, rahim yang lambat mengecut dan sering sahaja sakit pinggang serta sakit belakang selepas bersalin, ikutilah petua ini dengan cara merebus daun pegaga bersama akarnya.

Masukkan sekali pucuk pokok sepagi bendini, ambil air rebusan tadi dan minum selama tiga hari berturut-turut di waktu pagi. Insyaallah anda akan kelihatan sihat dan bertenaga, pastinya ia dapat mengembalikan semula hubungan seksual suami isteri.

Petua Menyembuhkan Suara Serak


Ambil sepotong halia, kupas dan basuh hingga bersih. Potong kecil-kecil dan perahkan air asam limau serta masukkan sedikit gula. Amalkan minum air tersebut. Insyaallah, suara anda akan kembali pulih.

Kuaci Kuatkan Otot Pundi Kencing

kuaci


Apabila usia meningkat, bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal.

Pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak beribadat.

Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan menjadikan amalan memakan biji bunga matahari (kuaci) sama ada yang belum dibuang kulit atau sudah dibuang kulitnya.

Kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Minyak biji bunga matahari juga baik untuk masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolestrol. Amalan memakan biji bunga matahari ini tidak rugi kerana ia turut menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.

Petua Dapat Anak

bayi

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Hal ini kerana anak adalah penyeri, penyambung keturunan dan pengikat kasih sayang. Huraian di bawah merupakan petua bagi mereka yang lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.


Petua Memperoleh Cahaya Mata


1. Amalkan meminum air suam bercampur madu  asli (warna hitam) setiap awal pagi selama tiga bulan.

2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumah tangga.

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.


Cara Melakukan Amalan Senaman Batin


  • Duduk bersila badan tegak
  • Luruskan kaki kanan ke depan
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
  • Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama tujuh saat) jika tidak mampu jangan paksa.
  • Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.

Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walupun hanya tiga kali (tiga kali kanan dan kiri). Selamat mencuba.

Khasiat Belimbing Buluh


Selain asam jawa, belimbing buluh sering digunakan sebagai penambah rasa asam di dalam beberapa hidangan makanan. Rasanya yang segar menjadikan belimbing buluh memiliki banyak penggemarnya, terutama bagi pencinta hidangan makanan segar.

Buah ini juga banyak digunakan di dalam beberapa jenis pengubatan alternatif. Ini kerana belimbing buluh mengandungi asid amino, asid nitrat, fenolat, ion kalium, gula serta vitamin, mineral dan air.

Komposisi vitamin per 100g ialah riboflavin (0.026 mg), vitamin B1 (0.010 mg), niasin (0.302 mg), asid askorbat (15.6 mg), karoten (0.035 mg) dan vitamin A (0.036 mg). Selain itu, belimbing buluh juga mengandungi komposisi mineral per 100 g seperti fostor (11.1 mg) kalsium (3.4 mg) dan zat besi.

Berikut merupakan beberapa penyakit ringan yang boleh dirawat dengan resepi belimbing buluh.


Batuk


Jika anda tidak suka untuk mengambil ubat klinik atau hospital ketika batuk, anda boleh mencuba resepi belimbing buluh untuk merawatnya. Caranya cukup mudah. Sediakan 10 biji buah belimbing buluh yang segar dan cuci bersih. Kemudian, tumbuk halus dan tambahkan dua sudu besar air garam. Tapis air tadi dan minum dua kali sehari.


Jerawat


Untuk mengusir jerawat yang timbul, cuba gunakan belimbing buluh pada wajah. Sediakan beberapa biji buah belimbing buluh yang segar dan tumbuk halus. Ramas bahan yang ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit jus limau nipis untuk digosok pada muka. Setelah beberapa minit, bersihkan dengan air yang mengalir. Amalkan setiap tiga kali sehari.


Panau


Jika anda memiliki masalah kulit seperti panau, gunakan belimbing buluh segar untuk menghilangkannya. Ambil 10 biji buah belimbing buluh, tumbuk halus dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapu pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan selama lima minit dan bersihkan dengan air.


Menurunkan Tekanan Darah


Untuk turunkan tekanan darah, ambil air perahan belimbing buluh yang ditumbuk dan minum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.


Sumber : Majalah Mingguan Wanita