Memaparkan catatan dengan label Fakta Sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta Sains. Papar semua catatan

FAKTA SAINS (LIMA)

jantung

Tahukah Anda?

Jantung manusia berdenyut lebih daripada 100 000 kali sehari. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.


Tahukah Anda?

Purata kepekatan garam dalam air laut ialah 3.5% dari berat keseluruhan.


Tahukah Anda?

Kelawar selalunya akan membelok ke kiri apabila keluar dari gua.


Tahukah Anda?

Hanya 0.016mg toksin yang dikeluarkan oleh ‘Poison Frog’ (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia.


Tahukah Anda?

Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Burung kakak tua cuma suka mengajuk atau meniru bunyi siulan dan kata-kata.


Tahukah Anda?

Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.


Tahukah Anda?

Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


Tahukah Anda?

Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu burung hantu tidak boleh menggerakkan mata. Untuk melihat sekeliling, burung hantu terpaksa menggerakkan keseluruhan kepala.

FAKTA SAINS (EMPAT)


Tahukah Anda?

Unta adalah haiwan yang sesuai tinggal di padang pasir. Unta mempunyai bulu mata yang panjang untuk melindungi matanya daripada dimasuki pasir. Tapak kakinya juga lebar untuk mengelakkan dirinya daripada terjelus ke dalam pasir. Unta mampu berjalan sejauh 160 km dalam sehari.


Tahukah Anda?

Cahaya matahari tidak boleh sampai ke dasar lautan yang dalam. Disebabkan keadaan dasar laut yang sangat gelap itu, tidak banyak hidupan laut yang boleh hidup. Antara jenis ikan yang boleh hidup ialah ‘black angler’. Ikan black anger mempunyai lampu suluh yang berada dalam mulutnya. Cahaya ini berasal daripada bakteria yang mengeluarkan cahaya di dalam gelap.


Tahukah Anda?

Pegaga atau Centella Asiatica mengandungi tiga bahan kimia iaitu asiaticoside, sepasang kimia (brahmiside dan brahminoside) dan glikosida. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D dan K serta bahan mineral seperti magnesium, kalsium dan natrium.


Tahukah Anda?

Dianggarkan wanita mengalami haid sebanyak 450 kali dalam hidup dan setiap kali haid mereka kehilangan lebih kurang tiga auns darah dalam tubuh.


Tahukah Anda?

Mikroskop cahaya masih merupakan alat yang terpenting kepada ahli-ahli sains. Pembesaran mikroskop cahaya yang baik boleh mencapai sehingga x 1500.


Tahukah Anda?

Pokok kayu merah California adalah benda hidup yang hidup paling lama di dunia ini, iaitu antara 3000 hingga 4000 tahun.


Tahukah Anda?

Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit lumpuh bersaiz 0.00003 mm.


Tahukah Anda?

Ikan layar boleh terbang sejauh 30 m dalam 3 saat iaitu terbang dengan halaju 36 km per jam.


Tahukah Anda?

Bilangan sel yang terdapat dalam tubuh manusia kira-kira 50 bilion melebihi jumlah penduduk di dunia.

FAKTA SAINS (TIGA)


Tahukah Anda?

Itik merupakan keluarga burung yang mampu terbang dengan kelajuan yang tinggi. Itik Mallard misalnya, boleh memecut pada kelajuan 105 kilometer sejam pada satu-satu masa.


Tahukah Anda?

Terdapat sejenis ketam dari jenis ‘Robber Crab’ yang berupaya memanjat pokok palma untuk menjatuhkan buahnya untuk dimakan. Ketam ini boleh didapati di Selatan Pasifik dan berukuran 45 sm panjang.


Tahukah Anda?

Jalan raya konkrit mempunyai celah-celah di antara kepingan-kepingan konkrit. Hal ini membolehkan pengembangan kepingan konkrit pada hari panas dan mengelakkan keretakan jalan raya.


Tahukah Anda?

Kebanyakan logam berbentuk pepejal, bagaimanapun ada juga logam yang berbentuk cecair. Antaranya ialah merkuri. Merkuri digunakan dalam termometer untuk menyukat suhu.


Tahukah Anda?

Besi boleh berubah menjadi cecair apabila dipanaskan sehingga takat leburnya. Takat lebur besi ialah 1538 oC. 


Tahukah Anda?

Badak sumbu ialah ahli pasukan bomba semulajadi di dalam hutan. Haiwan ini mempunyai sifat semulajadi untuk memadamkan api dengan menggunakan kakinya.


Tahukah Anda?

Gajah Afrika adalah haiwan darat yang terbesar. Ia mempunyai ketinggian sehingga 3.5 m dan berat badan sehingga 7 tan atau 7000 kg. Gajah menggunakan telinganya yang besar untuk mengipas dirinya.


Tahukah Anda?

Dalam mentol lampu, arus elektrik mengalir melalui wayar halus yang dinamai filamen. Filamen akan menjadi panas sehingga memancarkan cahaya.


Tahukah Anda?

Apabila landasan kereta api dibina, ruang kecil disediakan di bahagian penyambungnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan landasan menjadi bengkok akibat pengembangan besi landasan itu ketika cuaca panas.


Tahukah Anda?

Sebaru merupakan teleskop terbesar di dunia, bergaris pusat 8m dilengkapi sistem pancaran infra merah yang dibina sejak tahun 1991 di kemuncak Gunung Mauna Kea, Hawaii setinggi 4,200m. Struktur operasinya dikawal oleh 264 buah komputer dan dijadualkan beroperasi pada tahun 2000.

FAKTA SAINS (DUA)

Tahukah Anda?
 
Escherichia Coli (E-Coli 0157 : H7), sejenis bakteria yang terdapat dalam daging dan susu lembu. Ia boleh menyebabkan sindrom Hemolytic Uremic dan radang usus besar. Kira-kira 200 dalam 20,000 orang mati disebabkan bakteria ini setiap tahun.


Tahukah Anda?

Orang yang pertama menjejak kaki ke bulan ialah Neil Armstrong, angkasawan Amerika pada 21 Julai 1969.


Tahukah Anda?

Ikan paus biru ialah haiwan yang paling besar di dunia. Ikan ini boleh membesar sehingga melebihi 30 meter panjang dan mempunyai berat badan melebihi 160 tonne. Berat ikan paus ini adalah sama dengan jumlah berat bagi 25 ekor gajah Afrika.


Tahukah Anda?

Bunga Rafflesia yang tumbuh di Hutan Asia Tenggara ialah bunga yang besar di dunia. Bunga ini mempunyai diameter 90 cm berat 7 kg.


Tahukah Anda?

Pokok periuk kera memerangkap serangga yang hinggap padanya. Dalam alam ini terdapat lebih kurang 500 jenis tumbuhan yang memakan serangga.


Tahukah Anda?

Kadang-kala kita mengalami kesukaran membuang najis. Keadaan ini disebut sembelit. Sembelit berlaku akibat kita kurang meminum air dan kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Tahukah Anda?

Badak sumbu putih adalah mamalia kedua terberat di dunia selepas gajah. Beratnya mencapai hingga 3.6 metrik tan dan membesar sehingga 5 meter panjang. Sumbunya bukan daripada tulang tetapi hanya gumpalan rambut yang mampat berukuran 1.5 meter.


Tahukah Anda?

Berat seekor harimau kumbang (dari jenis bulu kuning tompok hitam) boleh mencecah sehingga 68 kg. Harimau kumbang adalah haiwan darat yang paling pantas di dunia. Ia terkenal kerana kepantasannya berlari dalam jarak jauh dengan kelajuan sehingga 113 km/j.


Tahukah Anda?

Bakteria boleh membiak dengan cepat dalam keadaan tertentu. Satu bakteria akan terbahagi dua dalam masa 20 minit. Kira-kira satu jam kemudian 500 lagi akan terhasil dan bagi tempoh 8 jam terdapat lebih kurang satu juta bakteria.


Tahukah Anda?

Ikan linang kuning (Anguilla mauritiana) sejenis ikan air tawar yang bertelur dan menetas di dasar lautan dalam terutamanya di Lautan Hindi. Selepas bertelur ikan linang betina  akan mati, telurnya akan terapung dan menetas menjadi larva dan bertukar menjadi anak ikan. Anak-anak ikan ini akan berenang ke sungai air tawar.

FAKTA SAINS (SATU)


Tahukah Anda?

Ular tidak mempunyai gegendang telinga. Ia tidak boleh mendengar bunyi, tetapi reptilia  ini mempunyai deria getaran seperti hentakan langkah manusia dan sebagainya.


Tahukah Anda? 

Kayu terkeras dan terberat datangnya dari pokok kayu besi hitam (olealaurifolia) yang tumbuh di Afrika Selatan. Satu meter padu kayu ini beratnya hampir 1.5 tan dan ia tidak boleh terapung.


Tahukah Anda? 

Cheetah merupakan haiwan yang terpantas di dunia. Haiwan ini boleh berlari selaju 96 km/j.


Tahukah Anda?

Burung kiwi adalah sejenis burung yang tidak boleh terbang. Ia hanya boleh didapati di New Zealand. Selepas burung kiwi betina bertelur, kiwi jantan akan mengeramkan telur-telurnya hingga menetas. Tetapi apabila ada musuh menghampiri, kiwi jantan yang ketakutan akan lari meninggalkan telur-telurnya.


Tahukah Anda?

Ratu anai-anai biasanya berukuran 12 sm dan mempunyai jangka hayat selama 50 hingga 70 tahun. Sehingga kematangannya, ia mampu menghasilkan sebanyak 36,000 biji telur selama 50 tahun.


Tahukah anda?

Ulat gonggok adalah keluarga Antropoda yang mempunyai banyak kaki adakalanya mencecah 1000 kaki. Bentuk tubuhnya adalah bentuk bulat. Badannya bersegmen-segmen, pada dua segmen badannya yang bersambung itu, terdapat dua pasang kaki.


Tahukah Anda?

Lipan adalah antropoda yang mempunyai badan fleksibel, bersegmen-segmen dan banyak kaki. Setiap segmen badannya mempunyai sepasang kaki. Serangga ini adalah karnivor yang menggigit mangsa dengan sesungutnya yang mengeluarkan bisa.


Tahukah Anda?

Electrophorus Electricus, belut elektrik dari Amerika Selatan mempunyai kuasa elektrik 650 voltan iaitu dua kali ganda kuasa belut elektrik biasa (250 voltan) sehingga berupaya membunuh seekor kuda.


Tahukah Anda?

Kulit mengeluarkan sejenis minyak yang dinamakan sebum yang menahan air daripada masuk ke dalam badan waktu mandi dan sebagainya. Sebum juga menahan bendalir keluar daripada badan kita.


Tahukah Anda?

Ikan paus narwhal (monodon monoceros) berukuran antara 3.5 – 5 meter panjang, tidak ada sirip dorsal, mempunyai hanya dua batang gigi. Bagi yang jantan, gigi kiri akan tumbuh menjadi taring dari bibir atas dan tumbuh hingga 2.7 meter panjang.