Memaparkan catatan dengan label Tips dan Tutorial Blogspot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Tutorial Blogspot. Papar semua catatan

Cara Mudah Meletak Favicon Pada Blog

Meletakkan favicon atau logo blog tidak kurang pentingnya. Ia adalah sebagai trademark atau tanda yang seterusnya memudahkan blog atau web kita dikenalpasti. Jika ada favicon, senang untuk kenalpasti blog atau web yang telah dibookmark, contohnya.

Apa itu favicon? Lihat contoh favicon seperti dalam bulatan merah di bawah :




Cara Meletak Favicon Pada Blog


Pergi ke Dashboard, kemudian klik Layout. Rajah di bawah akan keluar. Anda akan nampak kotak Favicon, di penjuru atas sebelah kiri Layout. Perhatikan "Edit" seperti yang ditandakan dalam bulatan.




Klik "Edit" tadi dan kotak di bawah akan keluar. Seperti di dalam bulatan merah di bawah, hanya klik "Choose File" untuk masukkan logo atau gambar yang anda suka untuk dijadikan identiti blog anda. Pastikan image itu tidak lebih 100kb. Lagi satu, saiz yang ideal untuk buat favicon adalah 16x16, iaitu 16 height (tinggi) dan 16 width (lebar). Apabila sudah siap, jangan lupa klik "Save".




Imej di bawah menunjukkan favicon blogger telah ditukar kepada favicon yang dikehendaki. 



Favicon tidak akan keluar serta merta setelah anda klik save. Anda perlu bersabar dan bersabar. Insyaallah, ianya akan keluar juga. Apalagi, selamat menghias blog anda... :)

Tutorial : Cara Membuat Scroll Box pada Bloglist Anda

Scroll pada bloglist

Bloglist yang terlalu banyak membuatkan blog kelihatan panjang dan tidak balance antara entri dan widget di sebelahnya. Jadi, scroll box diperlukan agar dapat memendekkan bloglist tersebut tanpa perlu mengurangkan list blog tersebut. 

Bagi anda yang tidak mengetahui cara memasang bloglist di dalam blog, saya akan terangkan caranya. Selamat Mencuba ^_^


Cara Memasang Bloglist pada Blog


1. Dari dashboard => layout => Add a Gadget => Blog List. 

2. Anda boleh letak seberapa banyak pun blog yang anda mahukan terutama blog yang selalu dilawati.


Cara Membuat Scroll Box pada Bloglist


1.  Dari dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f . Cari code di bawah ini

<div class='widget-content'>


2. Gantikan code di atas dengan code ini

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width: ancho; height:250px;'>


3. Nombor yang berwarna merah itu anda boleh tukarkan nak panjang mana.


4. Peview dahulu dan jika berpuas hati barulah klik save.

Tutorial : Cara Membuat Scroll Box untuk Popular Post

Scroll box untuk popular post

Pertama sekali anda harus memasang widget popular post di blog anda. Caranya ialah dashboard => Layout => Add a Gadget => Popular Post. Jika sudah ada pergi ke langkah seterusnya.


Cara Membuat Scroll Box untuk Popular Post


1. Dari dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f. Cari code di bawah ini 

<div class='widget-content popular-posts'>


2. Padamkan code di atas dan gantikan dengan code di bawah ini

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


3. Preview dahulu dan apabila semuanya ok barulah disimpan.

Tutorial : 2 Cara Memasang Scroll pada Label @ Kategori Blogspot

scroll pada label

Label yang terlalu panjang atau banyak pada blog membuatkan blog melorot dan tidak cantik dipandang. Widget label ini penting dipasang pada blog kerana memudahkan pembaca mencari maklumat yang telah dilabelkan dengan baik.

Oleh sebab itulah scroll diperlukan agar blog kelihatan cantik dan kemas. Terdapat dua cara memasang scroll pada blog. Anda perlu cuba yang mana satukah cara yang sesuai dengan template anda.


Kaedah Pertama

1. Kaedah yang pertama ialah dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f . Cari code ini

]]></b:skin>

Jumpa tak? Kalau tak jumpa pergi ke kaedah kedua. Kalau jumpa teruskan langkah seterusnya. Tetapi, ia bukan penentu sama ada berjaya atau pun tidak kerana saya menjumpai code ini tetapi tidak berjaya. 


2. Seterusnya, copy code dibawah ini.

#Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}


3. Pastekan di atas code yang anda cari tadi. Cara dan bentuknya seperti di bawah.

#Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}
]]></b:skin>


4. Kemudian anda boleh klik preview template. Setelah berpuas hati dan ok barulah klik save template. 


Kaedah Kedua


1. Kaedah yang kedua pula ialah dashboard => design => edit html => edit template.=> ctrl+f. Cari code ini

<div expr:class='&quot;widget-content &quot; + data:display + &quot;-label-widget-content&quot;'>

Nak senang cuba cari code <div expr:class='&quot;widget-content &quot; dahulu. Anda akan jumpa sambungan pula. Cuba cari hingga dapat.


2. Copy dan pastekan code dibawah ini tepat di bawahnya code di atas.

<div style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 


3. Hasilnya begini

<div expr:class='&quot;widget-content &quot; + data:display + &quot;-label-widget-content&quot;'>
div style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 


4. Seterusnya, cari code ini </b:includable> dan pastekan code </div> ini tepat di atas  </b:includable>.

Begini contohnya

</div>
</b:includable>


5. Preview dahulu dan apabila sudah berpuas hati barulah disimpan.

Tutorial Membuat Linkwithin Melalui Nrelate

Contoh Linkwithin Nrelate

Tutorial kali ini ialah cara membuat Linkwithin melalui nrelate. Kaedah ini perlu sign up terlebih dahulu untuk menggunakannya. 

Anda perlu ke laman web ini nrelate. Pergi ke create an accont. Isikan borang yang disediakan. Pada domain anda isikan blogspot jika anda menggunakan blogspot. Diingatkan, anda perlu ingat username yang anda telah isikan agar senang untuk daftar masuk. Apabila selesai semuanya tekan complete sign up.

Apabila telah berjaya didaftarkan, pergi ke alamat emel yang anda daftarkan tadi untuk pengesahan. Tekan link yang diberikan pada anda.

Kemudian daftar masuk menggunakan username dan password tadi. Sudah berjaya pada langkah ini?

Langkah seterusnya, pergi ke install dan pergi ke blogger. Masukkan laman web atau url blog anda. Seterusnya, tekan Post and Homepage.. klik continue.

Tekan add to blogger. Seterusnya, tekan tambah widget. Kemudian, tekan simpan atau save susunan pada rekaletak blog anda.

Untuk memilih bentuk linkwithin yang anda ingini, pergi ke manage setting dan tekan blogger. Anda boleh pilih bentuk yang anda inginkan dan tekan save.

Nota : Imej di atas adalah contoh linkwithin nrelate di blog Sajian Hati. Linkwithin bagi blog ini juga turut menggunakan perkhidmatan nrelate.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata di Blog

Pengesahan kata

Pengesahan kata atau word verification amat menyusahkan para pembaca untuk meninggalkan komen di blog kita. Kadang kala terpaksa dilakukan berulang kali ekoran kesilapan dalam menaip huruf yang dikehendaki. Lantas, pembaca blog tersebut berasa penat dan bosan seterusnya meninggalkan sahaja blog tersebut tanpa memberi sebarang komen.

Jadi, kita sebagai seorang blogger tidak seharusnya menyusahkan para pembaca terutama kepada blogger yang lain. Tanpa mereka, siapalah kita di alam maya ini.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata atau Word Verification


1. Dari Blogger Dashboard, pergi ke Settings

2. Klik pada Post and comments

3. Lihat pada bahagian Comments dan cari show word verification

4. Pada bahagian show word verification tersebut klikkan kepada No

5. Akhir sekali, klik save settings.

Tutorial Buat Scroll Box untuk Blog Archive

Blog Archive yang terlalu panjang membuatkan blog menjadi melorot dan tidak cantik di pandang mata. Oleh itu, kita boleh membuat scroll box agar blog kelihatan lebih kemas dan cantik serta mudah untuk mencari entri yang dikehendaki.

Contohnya seperti gambar di bawah iaitu dari Blog Mutiara Online

Blog Archive

Cara membuat scroll box untuk Blog Archive :-

1. Dari dashboard > Template > Edit html > Edit template 

2. Klikkan mouse di dalam kotak. Seterusnya tekan  (ctrl + F), cari kod      <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod  

    <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> 

   yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut : 

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>  


Nota : Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan. 


Preview template terlebih dahulu dan apabila telah berpuas hati bolehlah disave.


Tutorial Capture Gambar dari Screen

Hari ini saya nak terangkan cara-cara untuk capture atau tangkap gambar dari screen. Apa itu capture gambar dari screen? Maksudnya kita jadikan skrin komputer kita sebagai gambar. Apa-apa yang terdapat di skrin komputer kita dapat jadikan imej.

Contohnya seperti gambar di bawah saya telah menjadikannya sebagai imej atau gambar. Laman tersebut ialah dari blog Sajian Hati.

Capture Gambar


Pertama sekali, pergi ke keyboard anda. Cari butang yang tulis PrtSc SysRq. Cari sampai dapat selalunya berada di atas sekali.

Tekan button tersebut. Sekali, banyak kali pun tidak apa.

Seterusnya, pergi ke paint iaitu Start - all program - accessories - paint. Tekan Ctrl dan V serentak. Ada tak gambar? Kemudian bolehlah disave.... 

Anda boleh crop atau edit gambar tersebut mengikut yang anda kehendaki.. Selamat Mencuba...


Tutorial Membuat Comment Awaiting Moderation

Memang sukar untuk mengetahui apabila seseorang memberi komen pada blog kita  terutama pada entri yang telah lama ditulis. Jika entri yang baru, mungkin agak mudah untuk mengetahuinya.

Kita tidak akan tahu apa yang dikomen dan tidak boleh memberi balasan yang sepatutnya. Setelah agak lama, barulah disedari jika diteliti dengan betul.

Oleh itu, cara yang mudah ialah dengan membuat comment awaiting moderation. Apakah itu comment awaiting moderation? 

Secara mudahnya apabila seseorang telah meninggalkan komen di blog kita, akan terpapar seperti imej di bawah. Tulisan yang berwarna merah itu iaitu 2 comment awaiting moderation merupakan komen yang telah ditinggalkan oleh seseorang ke blog kita. Boleh zoom untuk lebih jelas imej tersebut.



Kita hanya perlu klik pada tulisan berwarna merah tersebut dan klik untuk publish menandakan kita telah membaca komen seterusnya untuk reply mesej tersebut. Jadi, kita tidak perlu meneliti lagi dari satu entri ke satu entri untuk melihat komen yang ditinggalkan.

Cara Membuat Comment Awaiting Moderation :


Dari dashboard, pergi ke Settings, Post and Comments.

Anda lihat di Comment dan lihat pada Comment Moderation

Anda klik always pada comment moderation tersebut dan klik save settings.

Selesai sudah...selepas ini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Hanya melihat dashboard sudah mengetahui jika ada komen atau tidak :)