Memaparkan catatan dengan label Tanaman Landskap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman Landskap. Papar semua catatan

POKOK PINANG




Nama Botani:

Areca catechu

Nama Keluarga:

Satu spesis tumbuhan Palma

Nama Biasa :

Pokok Pinang

Klasifikasi:

Pokok tinggi

Jangka hayat:

Tempoh jangka hayat sederhana.

Tempat asal:

Kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika Timur.

Ciri-ciri :


  • Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. 
  • Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. 
  • Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. 
  • Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.


Kegunaan Landskap:

Estetik dan pengindahan.

Lokasi:

Kediaman dan kawasan  luar persekitaran pejabat.
 

POKOK PALMA



Nama Botani :

Cocus nucifera L. var nana

Nama Keluarga :

Palmae

Nama Biasa :

Pokok kelapa, nyiur (jenis tinggi)

Klasifikasi:

Pokok tinggi

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat panjang.

Tempat asal:

Kepulauan Pasifik

Ciri-ciri :

  • Tingginya 10 hingga 30 meter. 
  • Cara membiakkannya ialah daripada biji benih.
  • Biasanya ditanam untuk buah kelapanya.

Kegunaan Landskap :

Sebagai lanskap di tepi jalan.

Lokasi:

Kediaman, bangunan-bangunan dan tepi jalan.

POKOK MELAKA



Nama botani:

Phyllanthus Emblica

Nama keluarga:

Phyllanthaceaes

Nama biasa :

Pokok Melaka

Nama Umum untuk Pokok Melaka :

Bahasa Sanskrit: amalaka
Bahasa Hindi: amla
Bahasa Tamil: nelli

Klasifikasi:

Pokok besar dan tinggi

Jangka hayat:

Tempoh jangka hayat panjang.

Tempat Asal :

Malaysia dan India

Ciri-ciri :

  • Pokok Melaka ialah sejenis pokok yang sederhana dan besar, dan mencapai ketinggian antara 10 hingga 18 meter. 
  • Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau

Kegunaan Landskap:

Teduhan

Lokasi: 

Tepi-tepi jalan dan kawasan taman

KELUMPANG JARI


Nama Botani:

Sterculia foetida linn

Nama Keluarga:

Sterculiaceae

Nama Biasa :

Kelumpang Jari

Klasifikasi:

Pokok tinggi dan besar

Jangka hayat:

Tempoh  jangka hayat panjang.

Tempat asal:

Afrika timur

Ciri-ciri:

  • Batang pokoknya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter.
  • Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar.Tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar. 
  • Pokok Kelumpang Jari merupakan pokok berdaun lebat yang besar. Batang pokoknya lurus mencecah sehingga 40 meter tinggi, dengan ukur lilit sebanyak 3 meter. Dahan-dahannya tersusun secara pusaran dan berkembang secara mendatar. 
  • Kulit kayu: Licin dan kelabu. 
  • Daun: Tumbuh berumpun pada penghujung dahan-dahan kecil, dengan bau yang tidak menyenangkan. Bentuknya seakan-akan jari, dengan 7 hingga 9 daun kecil. Daun kecil itu menirus dan berbentuk elips atau lanseolat elips (iaitu seakan-akan tombak). Panjangnya daun kecil ini antara 10-17 sentimeter. Petiolnya (tangkai daun) pendek antara 12.5-23 sentimeter. 
  • Bunga: Agak besar, antara 10-15 sentimeter panjangnya. Bunga ini bercabang-cabang dalam bentuk berumpun, dan tumbuh hampir pada penghujung dahan. Warnanya hijau atau ungu muram. Bunga ini adalah uniseks, dengan bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok-pokok yang berasingan. Kaliksnya berwarna jingga muram, dan dibahagikan kepada lima bahagian yang berpisah hampir sehingga pangkalnya. Panjang lobus kaliks 1-1.3 sentimeter. Folikelnya berwarna merah darah, 7.6-9 x 5 sentimeter, amat kukuh, dan pada dasarnya, berkayu. 
  • Biji: Bilangan biji antara 10-15. Warnanya bak sabak, dengan kulit rudimen yang berwarna kuning. Bentuknya bujur, dengan panjangnya antara 1.5-1.8 sentimeter.

Kegunaan Landskap :

Sebagai teduhan.

Lokasi:

Di tepi-tepi jalan.


POKOK MENARA

 

Nama Botani :

Guapuruvu, Quamweed, Brazilian Fern Tree, Brazilian Fire-Tree, Yellow Jacaranda, 
Tree Fern, Bucurubu dan Schizolobium Parahyba.

Nama Keluarga :

Caesalpiniaceae

Nama Biasa :

Pokok Menara

Klasifikasi:

Pokok tinggi

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat sederhana.

Tempat asal:

Brazil

Ciri-ciri :

  • Pokok ini adalah daripada famili pokok tropika Amerika Latin dan boleh membesar setinggi 40 meter. 
  • Di Amerika Latin, kayunya yang lembut digunakan meluas dalam industri pulpa (kertas), kotak dan jerami (untuk kraftangan). 
  • Spesies: Parahyba (par-uh-EE-buh). 
  • Ada empat jenis yang selalu digunakan dalam landskap iaitu Schizolobium parahybrum, Caesalpinia parahyba, Cassia parahyba dan Schizolobium excelsum. 
  • Pokok ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi tetapi bukan berlebihan kerana ia tumbuhan tropika.
  • Selain menjadi pokok landskap, ia digunakan sebagai mercu tanda kawasan. Lebih dikenali sebagai pokok herba sebelum menjadi tumbuhan landskap.

Kegunaan Landskap:

  • Pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang luas atau hadapan rumah dan biasanya dijadikan mercu tanda untuk kediaman kerana ketinggiannya. 
  • Pokok ini mudah untuk menunjuk arah kepada tetamu yang mahu berkunjung ke rumah anda lebih-lebih lagi jika hanya kediaman anda yang menanam pokok berkenaan. 
  • Ketinggian pokok Menara menyebabkan ia nampak unik dan menarik untuk laman tropika terutama jika ruang laman besar. 
  • Pokok ini mudah untuk menunjuk arah kepada tetamu yang mahu berkunjung ke rumah anda lebih-lebih lagi jika hanya kediaman anda yang menanam pokok berkenaan.

Lokasi :

Kediaman dan tepi-tepi jalan.