Memaparkan catatan dengan label Pokok Renek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Renek. Papar semua catatan

BUNGA TAHI AYAM



Nama Botani :

Lantana Camara

Nama Famili : 

Verbenaceae

Nama Biasa : 

Bunga tahi ayam atau bunga pagar

Klasifikasi : 

Pokok renek

Jangka Hayat :

Tempoh jangka hayat rendah.

Tempat Asal :

Kawasan tropika di amerika

Ciri :

  • Bentuk - sejenis tumbuhan renek dan berbulu. Mempunyai ketinggian pokok boleh mencapai 0.5-1.2 meter, kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai 2-7cm. 
  • Bunga - bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna antaranya warna kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan. Batangnya berduri dan daunnya berbau kurang menyenangkan.

Fungsi Landskap : 

Estetik dan Pengindahan

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Hanya ditanam dikawasan beriklim lembap sahaja.

BUNGA KERTAS



Nama Botani :

Bougainvillea

Nama Famili : 

Nyctaginaceae

Nama Biasa : 

Pokok Bunga Kertas

Klasifikasi : 

Pokok renek

Jangka Hayat :

Melebihi 20 tahun

Tempat Asal :

Amerika Selatan

Fungsi Landskap :

  • Pokok bunga kertas mempunyai bunga yang berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan sesuai sebagai tanaman hiasan terutamanya dikawasan taman-taman. 
  • Pokok bunga kertas menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek kerana penjagaanya yang mudah.

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Kawasan Taman dan Rumah

POKOK ATI-ATI

Nama Botani :

Solenostemon

Nama Keluarga :

Plectranthus

Nama Biasa :

Pokok Ati-ati

Klasifikasi :

Pokok renek

Jangka Hayat :

Tempoh jangka hayat yang rendah.

Tempat Asal :

Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina.

Ciri-ciri :

  • Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). 
  • Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter. 
  • Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. 
  • Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

Kegunaan Landskap :

Sebagai tarikan di taman atau rumah

Lokasi :

Rumah atau taman
 

POKOK JEJARUM


Nama Botani :

Ixora Jawa

Nama Famili : 

Rubiaceace

Nama Biasa : 

Pokok pecah periuk / pokok siantan / pokok jejarum

Klasifikasi : 

Pokok renek

Jangka Hayat :

Tempoh jangka hayat sederhana.

Tempat Asal :

Malaysia dan Indonesia

Ciri :

Bentuk - tinggi hingga 3 meter, berwarna perang dan liat

Fungsi landskap :

Estetik dan pengindahan (sesuai dijadikan pagaran).

Lokasi kesesuaian tanaman :

Ditanam dikawasan perumahan serta taman-taman.

POKOK KEMBANG MERAK


Nama Botani :


Caesalpinia pulcherrima


Nama Famili : 


Leguminoseae


Nama Biasa :


Kembang merak, jambul merak dan bunga merak


Klasifikasi : 


Pokok renek


Jangka Hayat :


Tempoh jangka hayat sederhana.


Tempat Asal :


China


Ciri :  


  • Bentuk - tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 10 kaki 
  • Bunga - mempunyai kelopak yang berwarna kuning dan merah. Daunnya tersusun secara 2 setentang dan boleh memanjang sehingga 0.75  inci

 


Fungsi Landskap :


Estetik dan pengindahan


Lokasi Kesesuaian Tanaman :


Pokok ini digunakan untuk menghias halaman dan pinggir-pinggir jalan.

BUNGA RAYA


Nama Botani :

Hibiscus Rosa – sinensis

Nama Famili : 

Malvaceaae

Nama Biasa : 

Bunga raya, shoe flower

Klasifikasi :

Pokok renek

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat panjang.

Tempat Asal :

China

Ciri-ciri :

  • Bentuknya ialah rimbun menegak dan tekstur sederhana kasar. Mempunyai ketinggian 2 meter   hingga 3 meter. 
  • Bunga ini mempunyai pelbagai warna iaitu merah, merah jambu, putih, kuning, jingga dan Hybrid. 
  • Bunga adalah sederhana besar, mempunyai 5 kelopak serta mempunyai ‘style’ yang panjang berstigma pada hujung seakan bulu disekeliling.

Fungsi Landskap :

Bunga ini ditanam di taman-taman dan juga di sekeliling pagar bagi menghiasi kawasan rumah kerana warna yang menarik dan pelbagai. Boleh dijadikan pokok pagaran dan sebagai penanda sempadan. Penanaman dilereng bukit juga dapat membantu mengawal hakisan cerun.

Lokasi Kesesuaian Tanaman :

Bunga ini sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun.