:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan

Petua Melebatkan Rambut dengan Lendir Rambutan


Jangan runsing sekiranya rambut anda nipis dan tidak lebat. Beberapa helai daun rambutan pasti dapat membantu anda dengan cara membersihkan dahulu daun rambutan. Setelah itu, ramaskan ia ke dalam bekas yang berisi air. Biarkan seketika kerana lendir dari daun akan keluar.

Selepas itu, anda bolehlah mengambil lendir tadi dan usapkan ke atas kepala. Setelah itu biarkan 20 minit, bilas dengan air sejuk seperti biasa. Lakukan dua kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Petua Hilangkan Kesan Hitam di Ketiak


Ramas daun pisang kering ke dalam air suam yang berisi sedikit cecair antiseptik. Selepas itu gosok pada ketiak dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan keringkan ia dengan kain lembut. Jadikan ia satu amalan, kesan hitam akan hilang.

Petua Melebat dan Mencantikkan Bulu Kening


Bagi sesetengah orang yang inginkan bulu kening yang lebat dan yang paling utamanya cantik, bolehlah mengambil kelopak bunga asam Jawa, kemudian diramas kelopak bunga tersebut dan lendirnya disapukan pada bulu kening. Anda akan dapati kening anda semakin lebat dan cantik.

Petua Menghaluskan Kulit Anda


Ambil segenggam daun bayam dan dilumat halus. Kemudian campurkan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan sama rata dan dijadikan masker. Lakukan seminggu sekali, anda akan terkejut dengan perubahan kulit muka yang licin.

Petua Mengelak Rambut Cepat Beruban


Kebanyakan orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri. Tetapi apabila tumbuh uban sama ada ketika remaja atau tua, anda kelihatan lebih tua daripada usia. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam walaupun dalam usia emas. Petua jika mahu lambat tumbuh uban di kepala ialah :

Ambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yang sudah masak kemudian jemur. Biji betik yang kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat sehingga menjadi minyak. Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian, insya-Allah mujarab.

Bahan Semula jadi untuk Belai Tubuh

pokok lidah buaya

Jika anda ingin membelai tubuh menggunakan bahan semula jadi, panduan berikut boleh dicuba :-


1. Tubuh


Mandian teh bersama pelembap epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid, vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit, mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan.

Caranya, campurkan potongan epal, satu cawan kelopak bunga mawar dan tiga uncang teh chamomile di dalam bekas mandian. Kemudian mandi setiap pagi. Anda juga boleh merebus semua bahan selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk. Masukkan ke dalam botol penyembur kemudian setiap pagi semburkan pada wajah dan badan untuk kesegaran.


2. Kaki


Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki bersih dan licin.

Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.

Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


3. Kuku kaki dan tangan


Bersihkan daun lidah buaya kemudian sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan rawatan ini secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Bawang putih mengandung zat yang sangat baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan kuku dengan air sejuk.

Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku, sekali gus menguatkan kuku. Caranya, gosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih.

Sumber : Harian Metro (29 Mei 2014)

Khasiat Belimbing Buluh


Selain asam jawa, belimbing buluh sering digunakan sebagai penambah rasa asam di dalam beberapa hidangan makanan. Rasanya yang segar menjadikan belimbing buluh memiliki banyak penggemarnya, terutama bagi pencinta hidangan makanan segar.

Buah ini juga banyak digunakan di dalam beberapa jenis pengubatan alternatif. Ini kerana belimbing buluh mengandungi asid amino, asid nitrat, fenolat, ion kalium, gula serta vitamin, mineral dan air.

Komposisi vitamin per 100g ialah riboflavin (0.026 mg), vitamin B1 (0.010 mg), niasin (0.302 mg), asid askorbat (15.6 mg), karoten (0.035 mg) dan vitamin A (0.036 mg). Selain itu, belimbing buluh juga mengandungi komposisi mineral per 100 g seperti fostor (11.1 mg) kalsium (3.4 mg) dan zat besi.

Berikut merupakan beberapa penyakit ringan yang boleh dirawat dengan resepi belimbing buluh.


Batuk


Jika anda tidak suka untuk mengambil ubat klinik atau hospital ketika batuk, anda boleh mencuba resepi belimbing buluh untuk merawatnya. Caranya cukup mudah. Sediakan 10 biji buah belimbing buluh yang segar dan cuci bersih. Kemudian, tumbuk halus dan tambahkan dua sudu besar air garam. Tapis air tadi dan minum dua kali sehari.


Jerawat


Untuk mengusir jerawat yang timbul, cuba gunakan belimbing buluh pada wajah. Sediakan beberapa biji buah belimbing buluh yang segar dan tumbuk halus. Ramas bahan yang ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit jus limau nipis untuk digosok pada muka. Setelah beberapa minit, bersihkan dengan air yang mengalir. Amalkan setiap tiga kali sehari.


Panau


Jika anda memiliki masalah kulit seperti panau, gunakan belimbing buluh segar untuk menghilangkannya. Ambil 10 biji buah belimbing buluh, tumbuk halus dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapu pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan selama lima minit dan bersihkan dengan air.


Menurunkan Tekanan Darah


Untuk turunkan tekanan darah, ambil air perahan belimbing buluh yang ditumbuk dan minum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.


Sumber : Majalah Mingguan Wanita
 

Petua Kecantikan Untuk Menaikkan Seri Pengantin, Hilangkan Wajah Berkedut dan Rambut Hitam Berkilat


Petua Seri Pengantin


Ambil kunyit sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mendapatkan patinya. Jangan campurkan pati tersebut dengan air. Lumurkannya pada wajah. Lakukan dua atau tiga kali seminggu dua bulan sebelum berlangsungnya majlis persandingan.


Petua Hilangkan Wajah Berkedut


Ambil sebiji lobak merah, parut sehingga hancur. Seterusnya, ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur, campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut dengan membiarkannya kering selama 20 minit.


Petua Rambut Hitam Berkilat


Sayur kangkung diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian, sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih. Amalkan dua kali seminggu.
 
Sumber : Akhbar