Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Tambahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Tambahan. Papar semua catatan

Pengetahuan Tambahan 7


Dinosaur Laut Ganas


Pakar dari Norway telah mengesan sejenis reptilia purba yang bersaiz besar di garisan Artik. Pakar menggelar reptilia purba tersebut sebagai ‘Dinosaur Laut Ganas’. Reptilia ini merupakan sejenis spesies yang masih belum diketahui. Panjang reptilia ini ialah 10 meter, beratnya pula 10 hingga 15 tan. Reptilia ini hidup pada seratus lima puluh juta tahun dahulu. Wajah reptilia ini kelihatan seperti singa laut dan mempunyai empat sirip. Mulut dan hidung reptilia ini pula sama seperti buaya. Namun, apa yang paling dahsyat ialah reptilia ini mempunyai lelangit yang besar dan boleh menelan seorang lelaki dewasa terus ke dalam perutnya.


Mencari Tandas dengan Mudah


Kebelakangan ini, negara England telah memperkenalkan satu sistem satelit untuk kemudahan mencari tandas di mana-mana tempat. Anda hanya perlu memasukkan perkataan ‘tandas’ dalam mesej dan hantar, kemudian satelit akan mengesan tempat anda berada dan menghantar mesej kepada anda tentang lokasi tandas yang paling dekat. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini perlu dibayar. Setiap mesej akan dikenakan bayaran lebih kurang RM2.00.

Pengetahuan Tambahan 6


Sarung Tangan Spider Man


Pakar dari Amerika Syarikat sedang merancang untuk mencipta sarung tangan ‘Spider Man’ berdasarkan prinsip penemuan cicak yang boleh melekat pada dinding dan siling. Ciptaan ini dijangka dapat membantu tukang bersih dalam kerja pembersihan bahagian luar dinding bangunan juga membantu para pendaki sewaktu mendaki. Cicak boleh menentang daya tarikan bumi kerana berjuta-juta helaian bulu halus di tapak kakinya yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.  Setiap hujung bulu halus ini pula terdapat beribu-ribu benda menonjol dengan berdiameter hanya 0.25 micron, struktur halus inilah sebenarnya menimbulkan kuasa tarikan yang ajaib.


Kereta Polis yang Bergetar


Terdapat sejenis kereta polis ‘bergetar’ di Washington, Amerika Syarikat. Apabila kereta polis ‘bergetar’ ini meronda, kereta ini boleh menyebabkan benda di sekeliling turut bergetar. Kereta polis ini berbeza dengan kereta polis dahulu kerana dilengkapi dengan siren yang baru. Siren yang baru ini boleh mengeluarkan gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah. Bunyi frekuensi rendah ini mampu menggetarkan cermin belakang kereta dan menyebabkan orang yang berada dalam lingkungan 60 meter berhampiran kereta polis tersebut berasa bumi sedang bergetar. Getaran ini memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memberi laluan kepada polis ataupun ambulans. Menurut polis Washington, kebanyakan orang tidak mempedulikan siren polis atau ambulans. Tetapi, dengan adanya ciptaan ini, dipercayai masalah tersebut dapat diatasi.

Pengetahuan Tambahan 5

kanggaru


Dinosaur Bersedia Menjadi Ibu Pada Usia 10 Tahun


Semasa mengkaji fosil dinosaur, saintis Amerika mendapati bahawa dinosaur mengalami pertumbuhan yang cepat. Misalnya, dinosaur karnivor pada zaman Jurassic bersedia untuk menjadi ibu pada usia 10 tahun manakala dinosaur herbivor pula berupaya bertelur setelah menjangkau usia 8 tahun. Namun, hayat kedua-dua jenis dinosaur ini dijangka hanya dapat mencapai usia 30 tahun.


Orang yang Baik Hati Lebih Panjang Hayat


Menurut kajian pakar, manusia yang bersikap tenang dan baik hati mempunyai hayat yang lebih panjang berbanding manusia yang mudah naik angin. Ini kerana orang yang baik hati dan suka membantu mudah mendapat penghormatan dan persahabatan daripada orang lain. Sifat-sifat murni seperti disebutkan tadi menghapuskan ketegangan mental dan meningkatkan fungsi imuniti dalam badan seseorang. Sebaliknya, orang yang sentiasa ingin membalas dendam dan enggan memaafkan orang lain akan mudah jatuh sakit.


Kanggaru Kuno Menggunakan Empat Kaki untuk Berlari


Saintis telah menjalankan kajian terhadap fosil kanggaru yang hidup pada zaman 25 juta dahulu. Menurut laporan saintis, cara berjalan kanggaru kuno adalah berbeza dengan kanggaru sekarang. Kanggaru kuno berlari menggunakan keempat-empat kakinya manakala kanggaru sekarang melompat dengan hanya menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya sahaja. Selain itu, gigi kanggaru kuno juga seperti gigi anjing dan kemungkinan besar kanggaru kuno tahu memanjat pokok. Kanggaru kuno tinggal di dalam hutan dan makan buah-buahan atau paku pakis. Walau bagaimanapun, kanggaru kuno telah pupus dan diganti dengan spesies kanggaru sekarang.

Sumber : Teman Pintar

Pengetahuan Tambahan 4

berjalan pantas meningkatkan usia


Robot Gorila Memadamkan Api


Berdasarkan rangka tulang gorila, pakar Jepun telah berjaya mencipta sejenis robot yang boleh meniru gaya gorila berjalan.
Robot tersebut mempunyai 24 bahagian sendi. Dengan alat pengesan inframerah yang terpasang pada sendi-sendinya, robot gorila boleh bertindak balas mengikut keadaan sekeliling. Jika berada di landaian, robot tersebut boleh bergerak dengan keempat-empat kaki merangkak ke landaian seperti gorila.
Apakah kegunaan robot ini? Menurut pakar Jepun, mereka berharap robot tersebut boleh memanjat anak tangga dan memadamkan api seperti ahli bomba.


Robot yang Paling Kecil di Dunia


Tahukah anda apakah saiz robot yang paling kecil di dunia? Saiz robot yang paling kecil hanya 16 sentimeter. Robot ini lebih kecil daripada tapak tangan orang dewasa. Robot tersebut bukan sahaja pandai menari ‘break dancing’ dan tarian hula-hula, malah juga pandai bersenam. Harga setiap robot mencecah lebih daripada Ringgit Malaysia lima ribu. Robot ini bakal menjadi alat permainan yang popular bagi orang dewasa kelak.


Berjalan Pantas Dapat Memanjangkan Hayat


Pakar Amerika telah mengambil masa 10 tahun untuk memerhatikan seramai 500 orang tua dan mendapati orang yang berjalan dengan pantas lebih panjang hayat berbanding orang yang berjalan lambat. Menurut pakar tersebut, kajian ini menunjukkan bahawa kepantasan berjalan merupakan ‘isyarat’ jangka hayat seseorang. Ini kerana berjalan bukan sahaja merupakan senaman yang baik, malah berjalan dengan cepat boleh menyihatkan badan. Selain pakar Amerika, pakar Jepun juga mendapati orang yang panjang hayat mempunyai tabiat berjalan dengan pantas.

Sumber : Teman Pintar

Pengetahuan Tambahan 3

Robot Pembantu Rumah


Robot Pembantu Rumah


Sebuah syarikat pembinaan di Korea telah mencipta sebuah robot pembantu rumah. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah, robot itu akan menuangkan air kepada anda. Selain itu, robot juga boleh mematuhi arahan anda seperti mengemas dan menjaga rumah. Tetapi sekiranya ada penceroboh masuk ke rumah tuannya, robot itu akan melapor kepada polis. Ini kerana robot tersebut boleh mengecam muka orang. Syarikat pembinaan sedang merancang promosi dengan menggunakan robot pembantu rumah untuk menjual bangunan.


Kad Nama Berjabat Tangan


Pakar Taiwan telah mencipta sejenis ‘kad nama berjabat tangan’ dengan memasang cip di dalam jam tangan atau telefon bimbit dan badan manusia dijadikan sebagai pengantar pengaliran elektrik. Apabila berjabat tangan, maklumat kita akan dihantar ke PDA seorang yang lain itu. Ini bermakna, tanpa memberikan kad nama, orang lain sudah menerima maklumat tentang identiti kita. Dijangka selepas setahun, ‘Kad nama berjabat tangan’ yang menjimatkan masa dan berteknologi tinggi ini akan diperkenalkan di pasaran.


Ingatan Gorila Memenangi Manusia


Pakar Jepun telah mengadakan suatu pertandingan ingatan antara seekor gorila yang pernah menjalani latihan perangkaan dengan sekumpulan siswazah. Akhirnya didapati kepantasan dan ketepatan jawapan gorila lebih baik berbanding para siswazah. Menurut pakar kajian, kebanyakan orang termasuk saintis berpendapat bahawa tahap ingatan manusia lebih tinggi daripada gorila. Walau bagaimanapun, keputusan eksperimen ini membuktikan bahawa pandangan mereka adalah tidak tepat.

Pengetahuan Tambahan 2


Tidak Boleh Berpura-pura Mati Jika Terjumpa Beruang


Jika manusia terjumpa beruang di dalam hutan, ini bermakna telah bertemu musuh yang ganas. Janganlah memanjat ke atas. Ini kerana beruang juga boleh memanjat pokok. Selain itu, kita juga tidak boleh berbaring dan berpura-pura mati. Ini kerana beruang suka makan binatang yang baru mati. Jika manusia berbaring di lantai, beruang boleh menjamu selera dengan gembira. Sebenarnya, cara yang paling baik ialah mencari akal untuk menakutkan beruang.


Berasa Pening Kepala Setelah Bangun Dari Bertinggung


Semasa betinggung, sebahagian besar darah dalam tubuh badan akan berkumpul di otot kedua-dua kaki untuk menyokong tubuh badan. Ini menyebabkan kekurangan darah di bahagian kepala. Selain itu, retina dalam mata juga kekurangan darah.
Justeru itu, anda akan berasa pening kepala. Keadaan seperti ini ialah fisiologi yang normal, bukan penyakit anemia.


Lipas Palsu Membimbing Lipas Benar


Saintis telah mencipta sepasang robot serangga. Selepas dicat, rupa dan warna robot serangga itu serupa dengan lipas yang sebenar. Kemudian, robot serangga itu dihantarkan untuk hidup bersama dengan lipas yang sebenar. Akhirnya, didapati robot serangga tersebut berjaya mempengaruhi lipas. Robot serangga tersebut telah mempengaruhi lipas melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Robot-robot serangga juga berjaya membawa lipas-lipas hidup dalam suatu habitat yang tidak sesuai untuk berhidup. Mengikut taksiran pakar, teknologi ini boleh membantu mengawal tingkah laku kumpulan binatang dan serangga.

Sumber : Teman Pintar

Pengetahuan Tambahan 1


Ketam Sering Berpindah


Tahukah anda mengapa ketam sering berpindah? Ini kerana ketam tidak mempunyai cangkerang dan hanya mempuyai tubuh badan yang lembut. Badam ketam akan semakin besar tetapi rumah ketam tidak akan berubah mengikut saiz badan. Oleh itu, ketam perlu sering berpindah ke rumah yang lebih besar.


Ikan Jerung Akan Lemas Jika Berhenti Berenang


Tahukah anda ikan jerung akan mati lemas jika berhenti bergerak? Ini kerana ikan jerung tidak mempunyai lubang hembusan air untuk bernafas. Oleh itu, ikan jerung perlu berenang tanpa berhenti untuk menyedut udara segar dari laut.


Beg Plastik Mengancam Alam Sekitar Kita


Tahukah anda beg plastik diperbuat daripada sumber alam yang paling berharga iaitu petroleum?

Petroleum terbentuk melalui beberapa juta tahun. Jika beg plastik dibentuk, beg plastik tidak boleh ditukar semula ke bentuk petroleum. Tambahan pula beg plastik tidak boleh diurai walaupun dibuang ke tempat menanam sampah sepanjang masa. Oleh itu, jika kita gunakan beg plastik yang banyak, bermaksud juga menggunakan petroleum yang lebih banyak dan menghasilkan sampah yang lebih banyak. Maka, alam sekitar kita juga tercemar. 

Sumber : Teman Pintar