:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label Gedung Sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gedung Sains. Papar semua catatan

Mengapakah Burung Suka Terbang ke dalam Mulut Buaya?



Di tepi sungai kawasan panas, buaya akan membuka mulut dengan besar sambil berjemur di bawah matahari. Biasanya haiwan-haiwan lain akan menjauhkan diri daripada buaya-buaya yang ganas itu. Namun, terdapat sejenis burung yang berani terbang ke dalam mulut buaya. 

Adakah burung itu akan dimakan oleh buaya? Tidak, ini kerana burung tersebut merupakan kawan baik buaya. Burung itu akan memakan sisa-sisa makanan di celah-celah gigi buaya, perlakuan ini sebenarnya dapat membantu buaya membersihkan gigi. Kedua-dua haiwan ini akan mendapat manfaat bersama daripada jalinan hubungan seperti ini.

Mengapakah Pokok Kelapa Tumbuh Condong di Tepi Pantai?



Di atas darat, anda dapat melihat pokok kelapa yang bertumbuh tegak. Tetapi, mengapakah pokok kelapa yang tumbuh di tepi pantai akan condong ke arah laut? 

Sebenarnya, ini merupakan cara pembiakan pokok kelapa yang tumbuh di tepi pantai. Buah kelapa yang masak akan gugur ke dalam air laut dan dibawa air untuk tumbuh di tempat lain.

Mengapakah Air Hujan Akan Menjadi Titisan Air Apabila Jatuh Pada Daun Teratai?



Ini kerana permukaan daun teratai terdapat bulu-bulu halus yang mengandungi lapisan lilin. Molekul lilin adalah neutral, ia tidak membawa elektron positif atau elektron negatif. Oleh itu, apabila air jatuh ke atas permukaaan daun teratai, ia akan menjadi titisan air dan tidak akan meresap pada permukaan daun.

Mengapakah Mata Serigala Berwarna Hijau?


Serigala merupakan sejenis binatang liar yang suka menjalankan aktiviti pada waktu malam. Sekiranya anda ternampak cahaya hijau sedang bergerak di dalam hutan atau semak-samun pada waktu malam, anda sebenarnya mungkin sedang melihat sepasang mata serigala.

Binatang yang menjalankan kegiatan pada waktu malam mempunyai mata yang berupaya memancarkan cahaya hijau semasa berada di sinaran yang lemah. Bola mata binatang tersebut mempunyai habluran yang istimewa.

Habluran ini ini boleh mengumpulkan cahaya yang lemah dan memantulkan cahaya tersebut supaya dapat melihat benda dengan jelas semasa dalam keadaan yang gelap. Selain daripada serigala, mata binatang seperti kucing, harimau, musang dan sebagainya juga boleh memancarkan cahaya hijau.

Mengapakah Tapak Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?

budak berpeluh

Peluh dihasilkan melalui kelenjar peluh terdapat di bawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan, kerohanian dan tindak balas deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan perpeluhan kerohanian. 

Perpeluhan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja.  Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu, kelenjar peluh akan merembeskan peluh.

Mengapakah Telinga dan Hidung Cepat Menjadi Sejuk?

baju sejuk

Manusia berdarah panas. Suhu badan manusia yang normal selalu berkisar di antara 36 hingga 37 darjah Celcius. Apabila suhu terlalu rendah, haba badan kita akan diserap ke udara, maka kita akan berasa sejuk.

Pada cuaca dingin, manusia boleh memakai kasut, sarung kaki, topi dan baju yang tebal untuk melindungi badan. Walau bagaimanapun, kepala tidak boleh ditutup dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar, bercakap dan bernafas. 

Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian muka lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinga kita nipis, justeru itu, telinga lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.

Bagaimanakah Mentadak Memburu Mangsa?


Pada bahagian kaki mentadak terdapat banyak gigi yang tajam. Apabila mentadak mengesan serangga yang berhampirannya, mentadak akan menghulurkan kaki depan lalu menangkap mangsa dengan cepat. 

Sesetengah mentadak pandai menyamar. Warna badan dan rupa mentadak membolehkan mentadak menyamar sebagai batang pokok atau daun yang layu untuk menagkap serangga yang leka.

Sumber : Teman Pintar

Mengapakah Katak Hanya Makan Organisma yang Hidup?


Mata katak tidak sama seperti mata manusia. Mata manusia boleh berputar dengan ligat manakala mata katak sebaliknya. Oleh itu, penglihatan katak adalah sempit. Katak hanya boleh mengesan organisma yang sedang bergerak. Ia tidak dapat mengesan organisma yang tidak bergerak. Oleh kerana itu, katak hanya dapat makan organisma yang hidup.

Sumber : Teman Pintar

Adakah Kelawar Sejenis Burung?


Kelawar tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu, kelawar tidak dikategorikan sebagai burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.

Sumber : Teman Pintar

Mengapakah Suhu Semasa Menurun Salji Lebih Tinggi daripada Pencairan?


Pada musim salji, apabila proses stim menjadi salji berlaku, haba akan dibebaskan ke sekeliling. Tetapi, semasa proses salji menjadi cair berlaku, haba akan diserap daripada udara di sekeliling. 

Keadaan ini menyebabkan suhu menurun pada masa itu. Oleh itu, suhu semasa menurun salji adalah lebih tinggi berbanding suhu semasa pencairan berlaku.

Sumber : Teman Pintar

Adakah Ikan Perlu Tidur?


Ya benar, ikan memang perlu tidur kerana semua binatang pun perlu tidur untuk berehat. Jika tidak, binatang bukan sahaja akan menjadi lemah bahkan mati. Ikan tidak mempunyai kelopak mata. 

Oleh itu, apabila ikan berada bahagian bawah akuarium dengan membuka mata tanpa bergerak, ini mungkin bermakna ikan itu sedang tidur.

Sumber : Teman Pintar

Mengapakah Leher Zirafah Begitu Panjang?

Zirafah

Sebenarnya, leher nenek moyang zirafah tidak panjang. Pada zaman dahulu, pokok-pokok di bumi tumbuh semakin tinggi. Jika zirafah ingin makan dan-daun di atas pokok, zirafah perlu memanjangkan leher. 

Zirafah yang berleher pendek akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan daun. Maka, hanya tinggal zirafah yang berleher panjang boleh hidup sehingga kini.

Mengapakah Penguin Boleh Hidup di Kutub Selatan?


Pada zaman dahulu, penguin merupakan sejenis burung yang boleh berenang. Penguin telah lama tinggal di kutub Selatan. Laut di kutub Selatan yang luas merupakan suatu habitat yang paling sesuai bagi penguin. Selain itu, penguin telah terdedah kepada cuaca ribut salji selama beribu-ribu juta tahun. 

Keadaan ini menyebabkan bulu penguin menjadi bertindih. Bulu penguin yang berbentuk sisik juga bersambung dengan rapat. Lapisan lemak di bawah kulit penguin pula tebal. Oleh itu, penguin boleh menahan kedinginan di bawah seratus darjah Celcius.

Mengapakah Najis Berwarna Coklat?


Apabila kita makan, makanan perlu melalui proses penghadaman baru diserap oleh badan kita. Dalam badan kita, hati akan merembeskan hempedu yang berwarna kuning kehijauan untuk membantu penghadaman lemak. Selepas itu, hempedu akan dialirkan keluar dari badan bersama-sama dengan najis. Maka, hempedu tersebut akan memwarnakan najis menjadi coklat kehijauan.

Mengapakah Tidak Boleh Minum Air Laut?


Pernahkah anda minum air laut? Rasa air laut adalah sangat masin. Ini kerana air laut mengandungi garam laut. Kepekatan garam laut lebih tinggi daripada kepekatan garam dalam badan kita.

Jika kita minum air laut, kepekatan garam dalam darah akan meningkat. Air dalam sel akan dirembeskan ke dalam darah untuk mengimbangi kepekatan garam dalam badan. 

Oleh itu, anda akan berasa haus, kekurangan air dan penyahhidratan juga akan berlaku. Walau bagaimanapun, tidak akan menjadi masalah jika terminum air laut semasa berenang.

Mengapakah Jantung Kita Berdebar-debar Semasa Bersenam?


Jantung kita seperti pam udara yang mengembang dan mengecut tanpa berhenti. Pengembangan dan pengecutan ini akan menghantar oksigen dan nutrien dalam badan kebahagian-bahagian badan. Pada masa yang sama, karbon dioksida dan sisa-sisa metabolisme juga dikeluarkan dari badan.

Semasa kita bersenam, badan kita memerlukan tenaga yang lebih untuk bertindak. Oleh itu, jantung kita perlu mengepam darah untuk menghantar oksigen yang segar dan nutrien kepada setiap organ badan dengan lebih kerap. Maka kita boleh berasa jantung kita berdebar-debar.

Sumber : Teman Pintar