Memaparkan catatan dengan label Aidil Fitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidil Fitri. Papar semua catatan

AMALAN SUNAT PADA HARI RAYA AIDIL FITRI


Oleh kerana hari raya dikatakan hari kemenangan, setelah sebulan melalui ujian, ini adalah senarai amalan yang baik dilaksanakan pada hari raya :


1. Menghidupkan Malam Raya


Dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah Quran, takbir, tasbih dan istigfar. Menghidupkan malam raya dengan amal ibadat ini besar fadilatnya.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang bangun malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari yang mati sekalian hati”.



2. Solat Isyak dan Subuh berjemaah


Ini adalah sekurang-kurang kaedah bagi menghidupkan malam raya.



3. Mandi sunat hari raya, memakai baju yang elok dan bersih serta memakai wangian


Mandi sunat hari raya waktunya sekitar awal pagi sebelum Subuh lagi. Jika mandi selepas solat Subuh tidak mengapa. Digalakkan juga agar memotong kuku. Mungkin juga elok jika rambut panjang bagi lelaki dipotong pendek.



4. Makan sedikit dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri


Hikmatnya : Menyatakan bahawa hari ini bukan untuk berpuasa tetapi hari untuk makan. Mengikut sunnah Nabi s.a.w., baginda makan beberapa biji tamar.

Anas r.a. berkata :
“Adalah Nabi s.a.w. tidak beredar (menunaikan solat sunat Aidil Fitri) pada hari Raya Fitri hinggalah baginda makan beberapa biji tamar”.



5. Segera ke tempat solat untuk menanti solat sunat Aidil Fitri


Seeloknya berjalan kaki ke tempat solat. Inilah sunnah kerana disebut dalam riwayat Tirmizi bahawa keluar rumah menuju ke tempat solat dalam keadaan berjalan kaki adalah sunnah.



6. Menzahirkan kegembiraan, ziarah-menziarahi keluarga terdekat, kaum kerabat dan sahabat-handai


Dengan ini akan terjalinlah kemersraan dan mahabbah (kasih sayang antara umat Islam).



7. Banyakkan bersedekah


Amalan bersedekah amat digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Apabila ditanyakan tentang sedekah yang afdal, sabda Nabi s.a.w. bermaksud : “Sedekah pada bulan Ramadan”.