:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Memaparkan catatan dengan label 18SX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 18SX. Papar semua catatan

Teka-teki #$%#%$# dan Jawapan Kreatif


 1. Jilat-jilat, bila sudah basah cucuk lubang, apakah dia?
Jawapan : Masuk benang dalam lubang jarum

2. Apakah dia botak dan berbulu?
Jawapan : Bulu tangkis

3. Ku kangkangkan kakinya, ku usap-usap, letak atas batang, rasa lega, apakah dia?
Jawapan : Cermin mata

4. Keluar-masuk keluar-masuk, keluar buih, apakah itu?
Jawapan : Gosok gigi

5. Tengah terbelah, tepi berbulu. Apakah itu?
Jawapan : Berus gigi

6. Amat digemari orang tua-tua, disimpan rapi takut berbahaya, ketika nak guna angkatkan peha, disorong dengan kepala pula, kalau anda berjiwa ceria, cubalah teka jangan ketawa?
Jawapan : Kacip

7. Lembu ada 4, orang perempuan ada dua sahaja benda itu, apakah bendanya?
Jawapan : Kaki

8. Diatas ada bulu, di bawah pun ada bulu apakah jawapan?
Jawapan : Mata

9. Bulu bertemu bulu semakin rapat semakin sedap rasanya.
Jawapan : Tutup mata nak tidur

10. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air.
Jawapan : Mesin tebu

11. Laki-laki kalau tak dapat benda itu dia gunakan tangan.
Jawapan : Sudu atau garfu nak makan

12. Buka topi, picit perut, keluar benda putih.
Jawapan : Ubat gigi

13. Tutup pintu tutup lampu buka kain dan main.
Jawapan : Wayang

14. Ada 3 orang perempuan duduk dekat kedai makan ais krim. Seorang tengah jilat aiskrim, seorang tengah hisap aiskrim, dan seorang lagi tengah gigit aiskrim. Anda rasakan, perempuan mana yang sudah kahwin?
Jawapan : Yang pakai cincin

15. Apabila saya pegang awak punya saya rasa, apabila awak pegang saya punya awak rasa, kemudian kita dua-dua tersenyum.
Jawapan : Berjabat tangan

16. Selak kain, nampak bulu.
Jawapan : Jagung

17. Buka kain nampak bulu, tarik bulu nampak biji, tarik biji nampak lubang.
Jawapan : Jagung


Sumber : Kecoh ajer