:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Cara Membuat Bayaran Pinjaman PTPTN dengan Menggunakan JomPAY Mybsn


Tahukah anda terdapat pelbagai kaedah untuk membayar pinjaman PTPTN? Salah satu kaedah yang terbaru ialah melalui JomPAY. Faedah menggunakan JomPAY ialah ianya percuma dan tidak dikenakan sebarang caj berbanding membayar ptptn dengan kaedah lain. Kali ini saya ingin fokuskan kepada JomPAY Mybsn iaitu kepada pemilik akaun BSN sahaja.



Adakah anda salah seorang peminjam PTPTN?
Adakah anda mempunyai akaun BSN?
Jadi anda layak untuk menggunakan perkhidmatan JomPay Mybsn
Jom ikuti langkah ini :)



JomPAY Mybsn bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar PTPTN tetapi juga untuk urusan yang lain. Tetapi saya ingin fokuskan kepada membuat bayaran pinjaman PTPTN. 

1. Pertama sekali yang anda perlu buat ialah semak online nombor akaun JomPAY PTPTN anda. Pergi ke laman web http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/ dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

ptptn

Lihat rujukan JomPAY iaitu Biller Code, Ref 1, Ref 2. Itu yang akan digunakan nanti.


2. Cara membuat bayaran pinjaman PTPTN dengan menggunakan JomPAY Mybsn ialah anda perlu login ke https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do untuk mengaktifkan akaun bsn online anda.

Cara Membuat Bayaran Pinjaman PTPTN dengan Menggunakan JomPAY Mybsn

3. Masukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Cara Membuat Bayaran Pinjaman PTPTN dengan Menggunakan JomPAY Mybsn

4. Klik pada Bill Payment yang terletak di sebelah kiri

Cara Membuat Bayaran Pinjaman PTPTN dengan Menggunakan JomPAY Mybsn

5. Apabila muncul seperti imej di atas klik pada ikon @ imej JomPAY yang berwarna biru tua itu.


Cara Membuat Bayaran Pinjaman PTPTN dengan Menggunakan JomPAY Mybsn

6. Ruangan from account, select nom akaun bsn anda.

7. Di ruangan biller code, klik pada New JomPAY Biller dan isikan biller code yang anda cari pada mula-mula tadi.

8. Ref 1 masukkan nombor akaun PTPTN anda yang dicari tadi manakala Ref 2 isikan nombor telefon anda.

9. Masukkan jumlah RM yang ingin dibayar dan klik pada term and condition. Klik submit.

10. Seterusnya, pastikan maklumat adalah betul kemudian request TAC dengan memasukkan nombor telefon bimbit anda. 

11. Isikan nombor code yang telah dihantar oleh pihak bank ke telefon anda. Tekan Submit. Anda boleh print transaksi tersebut.