:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

PENGURUSAN MASA

Puan Asma binti Mat
Kaunselor
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia


APA ITU PENGURUSAN MASA?


Pengertian masa - waktu, zaman, saat dan detik.


Dari segi istilah - waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang menjalankan kehidupan.

Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.


KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA


- Masa itu kehidupan. Masa yang anda gunakan dengan berkualiti itulah kehidupan anda yang sebenar.
- Pengurusan masa adalah esklusif dan berbeza antara individu dengan individu lain.
- Hanya anda yang berhak menentukan pengurusan masa dan kehidupan anda sendiri.
- Pengurusan masa yang cekap membolehkan anda memikul banyak tanggungjawab serentak.


PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA


- Mengubah Tabiat Negatif
- Komunikasi
-Penumpuan
- Rehat



TEKNIK PENGURUSAN MASA


1. Luangkan Masa Untuk Merancang Masa

Gunakan masa untuk berfikir dan merancang masa sebaik mungkin. Kegagalan anda merancang masa seolah-olah anda merancang ke arah kegagalan.


2. Tetapkan Matlamat

Matlamat memberikan nilai kepada kehidupan anda, menentukan cara anda menggunakan masa dan menentukan hala tuju.
Matlamat perlulah S-M-A-R-T
- SPECIFIC
- MEASURABLE
- ACHIEVABLE
- REALICTIC
- TENTATIVE


3. Tentukan Prioriti

Sama ada jangka masa pendek atau panjang dan urgent atau important.


4. Penuhkan Masa Lapang

Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya dengan aktiviti ringan seperti membaca, menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.


5. Tahu Dan Pandai Untuk Mengatakan ‘Tidak’

Perkataan yang sangat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan.


6. Kenalpasti Masa Optimum Anda

Dalam sehari waktu manakah yang paling anda suka? Pagi, petang atau malam? Gunakan waktu tersebut sebaik mungkin kerana kualitinya berbeza berbanding masa lain.


7. Bagi Imbuhan Untuk Diri Sendiri

Walau sekecil manapun pencapaian anda, raikannya. Berjanji dengan diri sendiri dengan imbuhan tertentu untuk sesuatu tugasan yang dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.


8. Menghapuskan Tabiat “Tangguh dan Tunggu”

Anda perlu ingat 3 perkara di bawah :
a. Kelmarin sudah berlalu
b. Esok masih belum berlalu
c. Hari ini peluang masih ada



PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN


1. Sikap  yang positif
2. Disiplin masa
3. Merancang penggunaan masa
4. Mendahulukan yang utama
5. Tabiat dalam bilik darjah
6. Gunakan Perpustakaan dan Pusat Sumber
7. Jaga kesihatan


KEPUTUSAN ANALISIS AKTIVITI HARIAN


Kenalpasti berapa banyak masa dihabiskan untuk :
1. Belajar
2. Mencari bahan / ke perpustakaan
3. Pengurusan diri (makan/minum/mandi dll)
4. Menonton TV
5. Berbual-bual
6. Menunggu (bas/kawan/pensyarah dll)
7. Menelefon
8. Menggunakan internet
9. Pengurusan organisasi / kelab
10. Lain-lain


MASA TERLUANG YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BELAJAR


1. Semasa menunggu kenderaan
2. Semasa berada dalam kenderaan
3. Semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas
4. Semasa menunggu waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam
5. Masa-masa lain yang dirasakan sesuai

AKTIVITI BERGUNA YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MASA TERSEBUT


- Membuat bacaan awal sepintas lalu mengenai tajuk yang akan dipelajari
- Membaca nota ringkas
- Menyemak nota yang baru disalin
- Mengingat kembali apa yang baru dipelajari
- Berbincang dengan kawan mengenai sesuatu tajuk
- Berfikir
- Lain-lain aktiviti yang anda rasakan menarik


TEKNIK MUDAH MEMBUAT JADUAL WAKTU BELAJAR


SEBELUM

-Tentukan tujuan / objektif penyediaan jadual
- Pertimbangan aktiviti lain seperti kokurikulum, sosial, persatuan, sukan, keagamaan dll.

SEMASA

- Keutaamaan pada pelajaran yang susah
- Ambil kira waktu optimum
- Susun mata pelajaran mengikut keserasian
- Pentingkan kualiti masa
- Pertimbangkan masa rehat yang cukup

SELEPAS

- Berdisiplin
- Sediakan masa ganti untuk jadual yang tergendala
- Buat jadual baru bila sudah tidak sesuai


KESIMPULAN


Masalah pengurusan masa berlaku dalam kalangan pelajar kerana beberapa sebab :
1. Tidak tahu pengurusan masa yang betul
2. Tahu tapi tidak melaksanakannya
3. Melaksanakannya tanpa mengetahui cara yang betul
4. Kurang disiplin diri

Hello! Comments Pictures

Apabila anda mengubah pemikiran anda
Anda mengubah kepercayaan anda
Apabila anda mengubah kepercayaan anda
Anda mengubah jangkaan anda
Apabila anda mengubah jangkaan anda
Anda mengubah sikap anda
Apabila anda mengubah sikap anda
Anda mengubah tabiat anda
Apabila anda mengubah tabiat anda
Anda mengubah prestasi anda
Apabila anda mengubah prestasi anda
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

Hello! Comments Pictures

JANGAN BIARKAN MASA MENENTUKAN KITA 
SEBALIKNYA KITA YANG MENENTUKAN MASA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan