:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

Pengetahuan Tambahan 7


Dinosaur Laut Ganas


Pakar dari Norway telah mengesan sejenis reptilia purba yang bersaiz besar di garisan Artik. Pakar menggelar reptilia purba tersebut sebagai ‘Dinosaur Laut Ganas’. Reptilia ini merupakan sejenis spesies yang masih belum diketahui. Panjang reptilia ini ialah 10 meter, beratnya pula 10 hingga 15 tan. Reptilia ini hidup pada seratus lima puluh juta tahun dahulu. Wajah reptilia ini kelihatan seperti singa laut dan mempunyai empat sirip. Mulut dan hidung reptilia ini pula sama seperti buaya. Namun, apa yang paling dahsyat ialah reptilia ini mempunyai lelangit yang besar dan boleh menelan seorang lelaki dewasa terus ke dalam perutnya.


Mencari Tandas dengan Mudah


Kebelakangan ini, negara England telah memperkenalkan satu sistem satelit untuk kemudahan mencari tandas di mana-mana tempat. Anda hanya perlu memasukkan perkataan ‘tandas’ dalam mesej dan hantar, kemudian satelit akan mengesan tempat anda berada dan menghantar mesej kepada anda tentang lokasi tandas yang paling dekat. Proses ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini perlu dibayar. Setiap mesej akan dikenakan bayaran lebih kurang RM2.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan