Pengetahuan Tambahan 6


Sarung Tangan Spider Man


Pakar dari Amerika Syarikat sedang merancang untuk mencipta sarung tangan ‘Spider Man’ berdasarkan prinsip penemuan cicak yang boleh melekat pada dinding dan siling. Ciptaan ini dijangka dapat membantu tukang bersih dalam kerja pembersihan bahagian luar dinding bangunan juga membantu para pendaki sewaktu mendaki. Cicak boleh menentang daya tarikan bumi kerana berjuta-juta helaian bulu halus di tapak kakinya yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop elektron.  Setiap hujung bulu halus ini pula terdapat beribu-ribu benda menonjol dengan berdiameter hanya 0.25 micron, struktur halus inilah sebenarnya menimbulkan kuasa tarikan yang ajaib.


Kereta Polis yang Bergetar


Terdapat sejenis kereta polis ‘bergetar’ di Washington, Amerika Syarikat. Apabila kereta polis ‘bergetar’ ini meronda, kereta ini boleh menyebabkan benda di sekeliling turut bergetar. Kereta polis ini berbeza dengan kereta polis dahulu kerana dilengkapi dengan siren yang baru. Siren yang baru ini boleh mengeluarkan gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah. Bunyi frekuensi rendah ini mampu menggetarkan cermin belakang kereta dan menyebabkan orang yang berada dalam lingkungan 60 meter berhampiran kereta polis tersebut berasa bumi sedang bergetar. Getaran ini memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memberi laluan kepada polis ataupun ambulans. Menurut polis Washington, kebanyakan orang tidak mempedulikan siren polis atau ambulans. Tetapi, dengan adanya ciptaan ini, dipercayai masalah tersebut dapat diatasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan