Pengetahuan Tambahan 5

kanggaru


Dinosaur Bersedia Menjadi Ibu Pada Usia 10 Tahun


Semasa mengkaji fosil dinosaur, saintis Amerika mendapati bahawa dinosaur mengalami pertumbuhan yang cepat. Misalnya, dinosaur karnivor pada zaman Jurassic bersedia untuk menjadi ibu pada usia 10 tahun manakala dinosaur herbivor pula berupaya bertelur setelah menjangkau usia 8 tahun. Namun, hayat kedua-dua jenis dinosaur ini dijangka hanya dapat mencapai usia 30 tahun.


Orang yang Baik Hati Lebih Panjang Hayat


Menurut kajian pakar, manusia yang bersikap tenang dan baik hati mempunyai hayat yang lebih panjang berbanding manusia yang mudah naik angin. Ini kerana orang yang baik hati dan suka membantu mudah mendapat penghormatan dan persahabatan daripada orang lain. Sifat-sifat murni seperti disebutkan tadi menghapuskan ketegangan mental dan meningkatkan fungsi imuniti dalam badan seseorang. Sebaliknya, orang yang sentiasa ingin membalas dendam dan enggan memaafkan orang lain akan mudah jatuh sakit.


Kanggaru Kuno Menggunakan Empat Kaki untuk Berlari


Saintis telah menjalankan kajian terhadap fosil kanggaru yang hidup pada zaman 25 juta dahulu. Menurut laporan saintis, cara berjalan kanggaru kuno adalah berbeza dengan kanggaru sekarang. Kanggaru kuno berlari menggunakan keempat-empat kakinya manakala kanggaru sekarang melompat dengan hanya menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya sahaja. Selain itu, gigi kanggaru kuno juga seperti gigi anjing dan kemungkinan besar kanggaru kuno tahu memanjat pokok. Kanggaru kuno tinggal di dalam hutan dan makan buah-buahan atau paku pakis. Walau bagaimanapun, kanggaru kuno telah pupus dan diganti dengan spesies kanggaru sekarang.

Sumber : Teman Pintar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan