Pengetahuan Tambahan 3

Robot Pembantu Rumah


Robot Pembantu Rumah


Sebuah syarikat pembinaan di Korea telah mencipta sebuah robot pembantu rumah. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah, robot itu akan menuangkan air kepada anda. Selain itu, robot juga boleh mematuhi arahan anda seperti mengemas dan menjaga rumah. Tetapi sekiranya ada penceroboh masuk ke rumah tuannya, robot itu akan melapor kepada polis. Ini kerana robot tersebut boleh mengecam muka orang. Syarikat pembinaan sedang merancang promosi dengan menggunakan robot pembantu rumah untuk menjual bangunan.


Kad Nama Berjabat Tangan


Pakar Taiwan telah mencipta sejenis ‘kad nama berjabat tangan’ dengan memasang cip di dalam jam tangan atau telefon bimbit dan badan manusia dijadikan sebagai pengantar pengaliran elektrik. Apabila berjabat tangan, maklumat kita akan dihantar ke PDA seorang yang lain itu. Ini bermakna, tanpa memberikan kad nama, orang lain sudah menerima maklumat tentang identiti kita. Dijangka selepas setahun, ‘Kad nama berjabat tangan’ yang menjimatkan masa dan berteknologi tinggi ini akan diperkenalkan di pasaran.


Ingatan Gorila Memenangi Manusia


Pakar Jepun telah mengadakan suatu pertandingan ingatan antara seekor gorila yang pernah menjalani latihan perangkaan dengan sekumpulan siswazah. Akhirnya didapati kepantasan dan ketepatan jawapan gorila lebih baik berbanding para siswazah. Menurut pakar kajian, kebanyakan orang termasuk saintis berpendapat bahawa tahap ingatan manusia lebih tinggi daripada gorila. Walau bagaimanapun, keputusan eksperimen ini membuktikan bahawa pandangan mereka adalah tidak tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan