Keracunan Makanan


Punca Keracunan Makanan :


1. Bakteria berbahaya seperti Staphylococcus aureus, Salmonella, Escherichia coli, Bacillus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan Camphylobacter.

2. Racun (toksin) – makanan beracun seperti kulat cendawan, makanan laut (shellfish).

3. Bakteria dan racun boleh mencemarkan makanan ketika proses penyediaan, memasak atau selepas dimasak.
 

Tanda Keracunan Makanan :


- Memulas dan sakit perut
- Cirit-birit
- Loya dan muntah
- Demam dan kesejukan
- Sakit kepala


Komplikasi :


1. Ada pesakit boleh sembuh cepat dengan sendiri.

2. Mengalami gejala teruk sehingga mengalami dihidrasi dan muntah serta cirit-birit berpanjangan sehingga badan lemah.

3. Pesakit diserang demam.

4. Mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

5. Boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.


Tindakan Jika Terjadi Keracunan :


1.Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

2. Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan untuk tujuan kajian.

3. Pastikan orang lain tidak makan makanan berkenaan.

4. Lapor kepada Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan berhampiran dengan segera.


Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan