:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

6 LAWAK KATEGORI 18SX

1. Air Puteh

Pada pagi itu, kuhampiri dirimu… Kau telah mengerti apa tujuanku. Dengan tak membuang masa ku raba tubuhmu…
Kau biarkan tanda kerelaan.. Dengan perlahan-lahan ku keluarkan senjataku. Kau diam tanpa kata, lalu ku letakkan senjataku ke lurahmu… Dengan perlahan ku tarik, maka kedengaran rintihan demi rintihan…
Tak semena-mena kau telah muntahkan air puteh, lalu mengalir membasahi lurahmu…
Tiba-tiba terdengar satu suara.. Woi !! Dah siap ke menoreh getah??

 

2. Ingat Apa??

Ada orang buat lama, ada kejap,
Ada pagi, ada yang tengah malam,
Ada pasang lampu, ada dalam gelap,
Tak kisah la, janji puas..
Apesal senyum? Ingat ape?
Berak la….!!

 

3. Teka-teki

Cuba jawab nie…
Kangkang kanan, kangkang kiri,
Letak pada batang, biji pun lega… Apa dia? Hahaha…
Jawapan : Cermin mata la…

 

4. Ciuman

Ciuman perkenalan di pipi,
Ciuman sayang di kening,
Ciuman kekasih di bibir,
Ciuman tanda nafsu di dada,
Ciuman paling panas di dapur gas…

 

5. Memori

Suara manjamu mengganggu lenaku,
Terasa dekat di sisiku,
Lantas kau mencium pipiku dan memberi gigitan cintamu…
Kesannya menjadi memori diingatanku…
“ Cis !! engkau rupanya nyamuk….!!!

 

6. Kentut

Kategori-kategori orang, adakah anda?
1. Tak jujur – Orang yang kentut tapi salahkan orang lain.
2. Bengong – Orang yang tahan kentut berjam-jam.
3. Yakin diri – Orang yang kentut dengan lantang.
4. Sadis – Orang yang kentut dalam selimut lalu kibaskan baunya.
5. Srategik – Orang yang sembunyi bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat.
6. Misterius – Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan.
7. Gugup – Tiba-tiba kentut apabila disergah.
8. Periang – Kentut perlahan-lahan pastu senyum sorang-sorang..ha….tu ada yang senyum sorang-sorang !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan