30 Teka-Teki Rakyat Malaysia



1. Waktu kecil pakai baju, waktu besar telanjang. Apakah itu?
Jawapan : Buluh

2.  Kalau kita lari ia pun lari, kalau kita duduk ia pun berhenti. Kalau tiada matahari atau cahaya, ia akan sembunyikan diri. Apakah itu?
Jawapan : Bayang-bayang

3. Dia ada di badan, dia ada di laut, dia ada di dapur. Apakah itu?
Jawapan : Baju Teluk Belanga

4. Ayam putih lompat pagar?
Jawapan : Air liur

5. Mula-mula dia buka baju, masuk dalam kolam, pakai bedak dan akhir sekali ialah masak.
Jawapan : Pisang goreng

6. Bila kita gantung dia besar, bila kita runtuh dia kecil?
Jawapan : Kelambu

7. Buku apakah yang kita tidak pernah tinggal untuk dibawa ke sekolah?
Jawapan : Buku lali

8. Apa yang biasa dilakukan orang ketika menyambut tahun baru?
Jawapan : Menukar kalendar

9. Ada kejadian kejar-mengejar, yang mengejar tak punya kaki, yang dikejar tak boleh berlari?
Jawapan : Ular mengejar katak

10. Kucing apakah yang boleh menyalakan lampu?
Jawapan : Eveready

11. Ada sebuah kapal yang boleh dinaiki seramai 15 orang sahaja. Terdapat seorang perempuan mengandung menaiki kapal tersebut bersama 14 orang yang lain. Tidak lama kemudian kapal tersebut tenggelam. Mengapakah kapal tersebut tenggelam?
Jawapan : Kerana itu kapal selam.

12. Benda apakah yang paling tajam?
Jawapan : Lidah

13. Benda apakah yang bila dia pecah baru kita makan. Bila dia tak pecah kita tak makan. Benda apakah itu?
Jawapan : Telur

14. Haiwan apakah yang pakai tudung?
Jawapan : Singa

15. Terdapat sebuah kapal yang dinaiki oleh penumpang, tidak lama kemudian ada ribut petir. Semua penumpang mati. Benda apakah yang tidak mati?
Jawapan : Playar hidup.

16. Benda apakah bila kita tak tekan dia sedikit bila kita tekan dia banyak. Benda apakah itu?
Jawapan : Kipas kerana bilah kipas akan nampak banyak apabila berpusing.

17. Buah apakah berwarna hijau dan berwarna merah?
Jawapan : Cabai atau cili

18. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apakah yang pandai?
Jawapan : Ikan yu sebab dia pergi ke U iaitu universiti.

19. Ada 6 muka 21 mata. Benda apakah itu?
Jawapan : Buah dadu

20. Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang mempunyai janggut?
Jawapan : Buah jagung

21. O, T, T, F, ?, S, S, E, N, T
Apakah huruf yang patut diisi bagi tanda soal di atas?
Jawapan : O untuk One, T untuk Two, T yang seterusnya untuk Three, F untuk Four. Huruf untuk tempat yang bertanda soal ialah F iaitu Five.

22. Benda apakah kepala di darat, ekor di air?
Jawapan : Pelita

23. Benda apakah warnanya putih bentuknya panjang. Tulang dimakan tetapi isi dibuang. Ianya sangat berguna kepada orang.
Jawapan : Lilin

24. Ada tubuh ada tangan. Tiada kepala tiada kaki. Sangat berguna diwaktu hujan. Benda apakah itu?
Jawapan : Baju hujan

25. Buah apakah yang mempunyai banyak mata?
Jawapan : Buah nenas

26. Benda apakah bermuka satu bertangan dua?
Jawapan : Jam

27. Bila dilontar ianya hidup, bila dipegang ianya mati. Benda apakah itu?
Jawapan : Gasing

28. Waktu kecil ianya berbentuk C, apabila besar berbentuk O dan apabila sudah tua berbentuk C semula. Apakah itu?
Jawapan : Bulan

29. Apakah benda apabila kecil menjadi kawan dan apabila besar menjadi lawan?
Jawapan : Api

30. Apabila ditetak bercantum semula. Apakah itu?
Jawapan : Air

6 ulasan:

  1. hihihi.. kelakarr lah.. mama follow sini ye

    BalasPadam
  2. Salam kenal...hehe..macam-macam teka teki..kite follow sini ye...jemput datang and follow sana pula..:D

    BalasPadam
  3. Teka teki masa sekolah rendah dulu.. huhuhuuu.. best2.. :D
    Salam kenal.. :D

    BalasPadam
  4. hahaha..
    haiwan pkai tdung tu mcm xpenah lg plak di teka...hehe
    lwak..
    lg 1 yg air liur tu ..xphm soklan tbe2 jwpan air liur..huhu :P

    BalasPadam
  5. Ada kah jagung berjanggut hegeh tapi sedap dimakan janggutnya

    BalasPadam